Kata Aluan
Penerbit.
Assamu`alaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Segala puji dilimpahkan ke hadrat Allah swt serta
selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga
baginda serta sahabat-sahabat baginda s.a.w.
"Poligami
Anugerah Tuhan "
Terbitan ini adalah berkisar kepada topik yang sangat
kontrovesi dan menjadi perbualan hangat masa kini. Pelbagai
persatuan atau kumpulan dari seluruh pelusuk dunia ditubuhkan mengemukakan
penentangan yang sangat hebat terhadap amalan poligami. Pelbagai tentangan
diterima,
seolah-olah amalan poligami tidak mempunyai sedikit kebaikan langsung dan dianggap
memberi kesan yang negatif kepada masyarakat. Sesetengah daripada mereka pula
berani mengatakan bahawa poligami
adalah "Bukan Jalan
Tuhan" dan "Bukan Sunnah Rasululah
saw". Untuk menjawab hujah ini secara khusus, hayati penerbitan yang ditunggu-tunggu
ini dan bacalah dengan hati yang tenang.
Harapan kami, semoga dengan terbitan ini dapat menambahkan koleksi bahan pembacaan para pembaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan isu berkaitan.
Sebelum buku ini diterbitkan pihak kami telah memberi peluang kepada pihak tertentu untuk membaca "dummy" buku ini untuk tujuan penilaian. Kebanyakan pembaca telah mencadangkan supaya buku ini diterbitkan ke dalam beberapa bahasa dan kami akan sambut baik cadangan ini, insya`allah.
Pihak kami mengalu-alukan sebarang pandangan dan
komen membina daripada pembaca sekalian sekiranya terdapatnya beberapa kelemahan
dan kekurangan untuk diperbaiki lagi dalam penerbitan-penerbitan akan datang
dalam jilid-jilid seterusnya.
Sekian sahaja terima kasih. Sokongan dan kerjasama yang diberikan pihak kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Selamat membaca. Amin.
| Penerbit |
| PUSTAKA GLOBAL |