... dari sedutan atas ...
Perkataan
darurat
biasa didengar apabila pentadbiran sesebuah negara terlibat dengan kekecuhan
atau rusuhan seperti berlakunya pergolakan, pengkhianatan pemimpin, kemelutan
politik dan sebagainya. Apabila diistihar darurat, pihak tenteralah akan
mengambilalih sementara pucuk kepimpinan sesebuah negara. Perkataan sosial
pula bemaksud kemasyarakatan (pergaulan
sesama manusia). Oleh itu darurat sosial boleh diertikan sebagai kemelut kemasyarakatan dari
segi peradaban dan maruah. Jika berlakunya darurat sosial dalam sesebuah negara
jalan penyelesaiannya adalah perlu kembali kepada peradaban manusia melalui
peraturan dan perlembagaan yang telah disediakan oleh Islam. Tidak ada jalan
lain yang lebih sempurna melainkan apa yang telah ditetapkan di dalam Islam.
Dalam sesebuah negara, situasi ini adalah berkait rapat dan bergantung kepada
pemerintah dan pemimpin-pemimpin agama (Islam) yang bergelar ulamak.
Darurat
sosial di sini lebih bermaksud kepada percampuran
masyarakat secara bebas tanpa arah tuju atau percampuran yang
tidak memberi sebarang manafaat kepada seseorang pun melainkan hanya akan
menghancurkan prinsip murni dan maruah sesebuah masyarakat dan menjerumus ke
lembah kehinaan. Darurat sosial begini sebenarnya telah dirancang
sehalus-halusnya dengan amat teliti oleh pihak tertentu sehingga tidak mampu
dikesan oleh hati yang buta. Darurat sosial dikaburkan dengan fenomena lain
seperti perpaduan, kerjasama, united, kemasyarakatan, ukhuwah, harakah,
jemaah, kesenian, dan sebagainya. Maka fenomena yang dibawa ini akan berjalan
dengan lancar TANPA ada sebarang halangan. Darurat sosial yang dilihat sekarang
menimpa hampir pada keseluruhan umat Islam dan sudah menjadi satu penyakit yang
serius dan sukar untuk dibendung. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Ini
disebabkan beberapa perkara berikut:-
a.
Didikan awal daripada ibubapa.
b. Program-program hiburan.
6.1.1 Didikan awal daripada
ibubapa.
Dalam
era yang serba moden ini, kebanyakan ibubapa tidak sempat mendidik anak-anak
mereka sejak dari umur sehari hinggalah dewasa kerana kedua-duanya terlalu sibuk
dengan urusan duniawi. Peranan ibubapa kini diserahkannya bulat-bulat kepada
pembantu rumah (orang asing) yang tidak menitikberatkan soal agama. Tugas
pembantu rumah bukan untuk mendidik, hanya melakukan kerja-kerja rumah. Bukankah
ada baiknya jika ada pembantu (isteri yang lain) yang sanggup membantu menjaga
anak-anak (suaminya juga) itu jika kebetulan siisteri itu adalah suri rumah
sepenuh masa. Malangnya mereka lebih suka membawa yang orang luar yang bukan
muhrim di dalam rumah untuk menyelesaikan amanah ini.
Yang haram selalu mendapat keutamaan.
Yang halal ditentang hebat-hebat.
Apabila anak agak membesar maka dihantarlah pula ke taska-taska moden yang
berkokurikulum beridentitikan barat. Secara sikit-sikit dan senyap-senyap
ideologi barat ini mampu mengenepikan prinsip dan pendidikan Islam dalam jiwa
anak-anak yang akhirnya membebankan ibubapa. Hasilnya, anak yang meningkat
dewasa itu tidak kenal lagi apa itu Islam yang sebenar. Islam yang sebenar
dilihat sebagai menyusahkan dan terlalu asing.
.... sedutan lagi ..
...
dua perkataan di atas iaitu darurat
sosial
dan perang
ini diringkaskan maksudnya adalah berlakunya
pergaulan
bebas di antara kaum lelaki dan
wanita, pondan dan maknyah, pondan dan lelaki dan sebagainya sehingga tiada
batasnya. Tidak dinafikan di dalam
pergaulan bebas ini sudah pasti adanya lelaki yang sudah berkahwin akan
bertemu dengan beberapa orang gadis idaman. Mungkin ada di antara gadis-gadis
itu menarik minat hatinya untuk dijadikan isteri atas sebab-sebab yang tidak
pasti. Orang awam cepat menghukum lantas sedap-sedap menuduh bahwa wanita itu
adalah perempuan bohsia, perempuan murahan dan perampas laki orang manakala
lelaki pula dituduh pantang melihat dahi licin, mata keranjang dan sebagainya! Yang
menuduh itu pula bukannya ahli ibadah, ahli maksiat juga!
Bagi pasangan yang bertemu ini, ada di antara mereka yang mempunyai kesedaran
dan masih berpegang pada tali agama. Mereka tidak sanggup bergelumang dengan
dosa sepanjang perkenalan mereka. Akhirnya mereka nekad membuat keputusan kerana
Allah swt untuk menikah sahaja
daripada terus membuat maksiat. Keputusan ini patut dipuji kerana mereka ingin
memertabatkan undang-undang Islam dan kerana
takut akan azab Allah swt. Kalau bukan kerana takut Allah swt, kenapa pula
mereka perlu membuat keputusan untuk bernikah, bukankah lebih seronok
bertukar-tukar pasangan daripada seorang gadis ke gadis yang lain, atau daripada
seorang lelaki ke lelaki yang lain, tetapi tidak! mereka tetap rasa takut akan
janji azab yang bakal diterima jika terus bergelumbang dengan bermaksiat. Apa
yang berlaku, hal inilah diperumitkan dan disusahkan oleh peraturan-peraturan
baru (bida`ah) yang disediakan oleh pemimpin-pemimpin agama yang degil
kononnya untuk memertabatkan hak kaum wanita. Datuk
moyang kita dahulu yang mengamalkan poligami tidak timbulpun masalah ini, malah
mampu melahirkan anak-anak dan cucu-cucu yang berwibawa dan cemerlang.
Oleh kerana pelbagai kesulitan timbul untuk mendapatkan kebenaran
berpoligami pada zaman ini, kesannya sehingga ada yang sudah bunting terlebih awal sebelum mendapat kelulusan. Bukan
hanya pihak pemimpin agama yang menyukarkan, pihak isteri yang berkeras hati
untuk tidak membenarkan menyebabkan pernikahan tidak dapat dijalankan dengan
kadar segera. Tidak
pernah berlaku pada diri Rasullah saw, maupun para sahabat yang meminta izin
isteri dalam poligami. Ini bermakna
meminta izin isteri bukanlah sunnah dan bukanlah satu syarat. Jika bukan sunnah
maka ianya adalah bida`ah dan setiap bida`ah adalah sesat dan terpesong dari
ajaran Islam. Sedarlah kamu wahai kaum wanita, janganlah kamu sangka yang kamu
dibela oleh mereka (pemimpin agama). Hanya pada peringkat awal sahaja
seolah-olah beria-ia mereka membela kamu dengan pelbagai aturan yang menyulitkan,
tetapi selepas itu, apabila kamu menghadapi masalah yang kamu sama-sama cipta
sendiri, bertahun-tahun kes kamu terbiar sahaja di atas meja-meja
peguam-peguam kamu! Kamu pula terpaksa mengeluarkan belanja beribu-ribu ringgit untuk menyelesaikan kes kamu walhal duit itu boleh
digunakan untuk perbelanjaan anak-anak bertahun-tahun, membayar keperluan harian
dan sebagainya tetapi terpaksa membayar khidmat guaman! Ada kes sehingga
berpuluh-puluh ribu wang nafkah tertunggak, kes tidak selesai-selesai. Tukar
peguam, tukar hakim, berpindah, keputusan ditunda pada saat akhir dan sebagainya.
Bagi mereka yang layak menggunakan khidmat Biro Guaman dengan bayaran borang
RM2, entah zaman (dinasti) bila pun tidak pasti bilakah aganya akan selesainya
kes kamu. Mereka yang membuat dasar atau peraturan (bida`ah itu) berlepas tangan
sahaja atau ada yang dah mati atau pencen.
Akhirnya kamu memilih jalan sendiri, jalan yang tidak ada ketentuan.
Tidak ada siapa yang akan ambil peduli tentang kamu.
Kamu abaikan peraturan tuhan, kamu diabaikan di dunia lagi! Peraturan yang tidak mengikut apa yang telah
ditetapkan oleh syarak tidak akan mendapat sedikit keadilan pun kerana sistem
yang digunakan dalam membuat keputusan (perbicaraan) adalah lebih berdasar
kepada fakta dan bukannya kebenaran! Fakta dan kebenaran adalah dua perkara yang sangat berbeza. Fakta boleh
direka-reka (diada-adakan) tetapi tidak bagi kebenaran! Untuk menegakkan
kebenaran bukanlah semudah yang disangka kerana silap-silap akan dipenjarakan.
Alasan yang biasa didakwa kerana telah menderhaka atau tidak menghomati mahkamah. Dikhuatiri akan mencetuskan huru-hara dan
mungkin menimbulkan sentimen perkauman dan juga keagamaan! Menderhaka
kepada Allah swt tidak pula diambil kira! Ingatlah, sesungguhnya kebathilan akan mengalahkan kebenaran, satu-satunya tanda-tanda akhir zaman yang telah
terbukti. Oleh
itu adillah
dan hakimilah
pada diri anda sendiri terlebih dahulu sebelum anda dihakimi secara tidak adil.
Amin.
.. sedutan seterusnya boleh dibaca dalam buku ..