.... petikan dari atas ...

Isteri-isteri (Zaujah) Rasulullah saw:

Isteri-isteri Rasulullah saw adalah seperti berikut:

1. Sayyidah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uza bin Qushay r.a
Sabda Rasululah saw:
Wanita terbaik di semesta ini adalah Maryam binti Imran, Asiyah binti Muzahim, Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad.(Riwayat At-Tirmidzi).
Sayyidah Khadijah adalah wanita pertama melahirkan zuriat Rasulullah saw iaitu:-
a.      Saidina Al-Qasim r.a
b.     Saidatina Zainab r.a
c.      Saidatina Ruqayah r.a
d.     Saidatina Fatimah Az-Zahra` r.a
e.      Saidatina Ummu Kultsum r.a
f.       Saidina Abdullah.
2. Sayyidah Saudah binti Zam`ah bin Qais r.a
ü      Beliau telah memberikan harinya bersama Rasulullah saw kepada Aisyah.
ü      Seorang yang dikenali sebagai “ringan tangan” kerana rajin memberi atau bersedekah.
3 . Sayyidah Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq r.a
ü      Merupakan wanita yang paling dicintai oleh Rasulullah saw.
ü      Satu-satunya gadis perawan yang dinikahi oleh Rasululah saw.
ü      Menjadi rujukan para sahabat dan meriwayatkan banyak hadis.
4. Sayyidah Hafshah binti Umar Al-Khatab r.a
ü      Pernah diceraikan tetapai dirujuk semula atas perintah Allah swt. Jibrail memberitahu bahawa Hafshah adalah isterinya di Syurga.
ü      Penjaga Al-Quran kerana semua lembaran Al-Quran disimpan di rumah untuk dihafal dan dipelajari.
5. Sayidah Zainab binti Khuzaimah bin Harits bin Amru r.a
ü     Digelar Ummu Masakin kerana sering memberi sesuatu dan mencintai orang-orang miskin.
ü     Rumahnya berdekatan dengan rumah Aisyah.
ü     Wafat diwaktu muda iaitu pada umur 30 tahun.
6. Sayyidah Ummu Salamah Hindun binti Abi Umayyah r.a.
ü         Dikenali sebagai handal menunggang kuda.
ü         Isteri Rasulullah saw yang terakhir sekali wafat.
7. Sayyidah Zainab binti Jahsy bin Ya`mar r.a
ü        Bekas isteri anak angkat Nabi saw bernama Zaid.
ü        Pernikahan Rasulullah saw dengan Sayyidah Zainab berlangsung tanpa wali dan saksi kerana dinikahi sendiri oleh Allah swt dari langit yang ketujuh. Inilah menjadi kebanggaan Sayyidah Zainab berbanding dengan isteri-isteri Rasulullah saw yang lain.
ü        Dipuji oleh Sayyidah Aisyah sendiri : “Aku belum pernah melihat wanita yang baik agamanya melainkan Zainab binti Jahsy, wanita yang sangat bertaqwa kepada Allah swt, jujur dalam perkataan, suka menyambung silaturahim dan suka bersedekah.”
ü        Isteri Rasulullah saw yang pertama sekali wafat (tidak termasuk Sayyidah Khaidijah).
8. Sayyidah Juwairiyah binti Harits bin Abi Dhirai r.a
ü        Merupakan tawan  dalam perperangan Bani Musthaliq dan dibebaskan oleh Rasulullah saw.
ü        Di antara isteri Rasulullah saw yang tercantik dan dikenali sebagai wanita yang banyak bertasbih dan berdzikir kepada Allah swt.
9. Sayyidah Ummu Habibah Ramlah binti Abi Sufyan bi  Harb r.a
ü        Dinikahi secara jarak jauh berwakilkan Negus iaitu Raja Ethiopia.
ü        Meriwayatkan hadis berbunyi: “Siapa solat sunah dua belas rakaat dalam sehari semalam, maka dengannya akan dibangun untuknya rumah di syurga”. Beliau tidak pernah meninggalkan amalan sunah ini.
10. Sayyidah Shafiyyah binti Huyay bin Akhthab r.a
ü        Merupakan keturunan Lawiy, putra Nabi Ya`qub, cucu kepada Nabi Allah Harun.
ü        Dikenali sebagai wanita yang lembut dan dermawan.
ü        Dinikahi dengan Rasulullah saw pada usianya 17 tahun.
ü        Merupakan tawanan perang, pembebasan dari tahanan merupakan mas kahwinnya dengan Rasulullah saw.
ü        Rasulullah saw bersaksi atas kejujurannya.
11. Sayyidah Maimunah binti harit bi Hazn r.a
Menyerah diri untuk diperisterikan Rasulullah saw.
Firman Allah swt:
Dan perempuan Mukminah yang menyerah dirinya kepada Nabi kalau Nabi mau mengawininya, sebagai pengkhususan bagimu, bukan untuk semua orang Mukmin”.(Al-Ahzab :50)

Nama-nama di atas adalah di antara senarai isteri-isteri Rasulullah saw yang paling popular  telah diriwayatkan. Terdapat lagi isteri-isteri Rasulullah saw yang lain samada hasil dari tawanan perang, gundik-gundik dan sebagainya. Ada di antara isteri-isteri yang sempat baginda saw berakad nikah tetapi tidak sempat ber`sama', ada yang sudah dipinang tetapi tidak sempat akad nikah dan sebagainya. Di antara gundik baginda saw yang paling polupar diriwayatkan adalah Sayyidah Mariah Al-Qibtiyyah , salah seorang hamba yang dihadiahkan Raja Qibti (Mesir) bersama dengan seorang lagi hamba yang sebaya dengannya  bernama Sirin. Sayyidah Mariah juga dapat melahirkan zuriat Rasulullah saw bernama Saidina Ibrahim, satu-satu anak kesayangan Rasulullah saw tetapi telah wafat pada waktu usia satu tahun sepuluh (atau enam) bulan dan di makamkan di perkuburan Al-Baqi`.

 Jika kita membuat kajian mendalam kisah sejarah pernikahan Rasulullah saw, merujuk kepada beberapa kitab-kitab fiqih termasyur, TIDAK ada seorang pun ulamak tersohor (yang benar lagi zuhud, yang tidak terikat dengan mana-mana pemimpin  dan pemerintah, tidak terikat dengan hawa nafsu), meriwayatkan bahawasanya apabila Rasulullah saw ingin berkahwin lagi, baginda terpaksa merujuk isteri-isetrinya untuk meminta izin atau menunggu kelulusan lain untuk bernikah.   Beliau bebas berkahwin sebanyak mana menurut firman Allah swt dalam surah Al-Ahzab :50,  tetapi menghadkan hanya empat (4) orang sahaja bagi umatnya.  Perkara ini adalah jelas, terang lagi bersuluh. Kita tidak memerlukan sebarang ijtihad, perbincangan, seminar, kertas kerja, forum, fatwa dan seumpamanya untuk memahami masalah ini. Apa yang kita faham, jika sesiapa yang berani mengubah, samada menambah atau mengurangi syariat sediada yang dibawa oleh Rasulullah saw boleh jatuh kepada kekufuran dan murtad !

 Oleh itu di sini jelas, bahawa permohonan untuk berpoligami yang memerlukan keizinan Kadhi atau mendapat persetujuan isteri adalah satu perkara yang bida`ah lagi sesat. Mentaati peraturan bida`ah ini juga boleh membawa kepada kekufuran kerana ianya jelas tidak ada di dalam syariat Islam yang suci.

  …. bersambung dalam buku ...