.... sedutan dari atas ..
Hujah penentangan :
a.
Sepanjang hayatnya, Nabi lebih lama bermonogami daripada
berpoligami. Monogami dilakukan Nabi di tengah masyarakat yang menganggap
poligami adalah lumrah. Rumah tangga Nabi SAW bersama isteri tunggalnya,
Khadijah binti Khuwalid RA, berlangsung selama 28 tahun. Baru kemudian, dua
tahun sepeninggal Khadijah, Nabi berpoligami. Itu pun dijalani hanya sekitar
delapan tahun dari sisa hidup beliau. Dari kalkulasi ini, sebenarnya tidak
beralasan pernyataan "poligami itu sunah".
Hujah balas :
Hampir
100% orang yang berkahwin bermula dengan konsep monogami kecuali orang yang
tidak beretika dan sesat. Mereka yang berkahwin berkonsepkan poligami pada
peringkat awal samada gila atau ada masalah
mental dan dengan cara tidak berperaturan sebagaimana orang-orang kafir atau
Islam munafik yang mempunyai pasangan sehingga tidak terbilang bilangannya
sebelum mengamalkan monogami secara sah. Poligami
mendahului monogami adalah konsep gila mereka! Sekiranya terdapat sesiapa yang
didapati berjaya mengamalkan poligami pada peringkat awal perkahwinan dengan
mematuhi peraturan syarak yang telah ditetapkan Allah swt adalah satu
keistimewaan dan kelebihan yang dikurniakanNya. Tahniah dan syabas! Bolehkah
sesiapa dapat memberi maklumat dan bukti adanya insan umat Nabi Muhammah Saw
yang sangat bertuah ini !?
Berbalik
kepada kisah perkahwinan Rasulullah saw dengan wanita yang pertama iaitu
Saidatina Khadijah yang juga merupakan “boss” (majikan)
baginda saw. Saidatina Khadijah merupakan wanita pertama yang memeluk Islam,
wanita pertama kali melakukan ibadah solat bersama Rasulullah saw, wanita
pertama melahirkan keturunan Rasulullah dan juga wanita pertama dijanjikan masuk
ke syurga. Nama sebenarnya adalah
Khadijah binti Khuwalid bin Asad bin Abdul `Uza bin Qushay dari suku Quraisy
Asadiyah. Sebagai penghormatan kepada keluhuran Saidatina Khadijah, beliau
mendapat gelaran At-Thahirah (wanita suci) dan juga Sayyidatul Quraisy yang
bermaksud tokoh puteri Quraisy. Sebelum
bernikah dengan Rasulullah saw, Khadijah telah bernikah dengan dua orang
laki-laki, yang pertamanya bernama `Atiq bin `Aid bin Makhzum dan yang keduanya
ialah Abu Halah at-Tamimy. Hasil perkahwinan ini Khadijah mempunyai empat orang
cahaya mata bernama Abdullah, Jariyah, Hind dan Zainab.
Setelah perkawinan yang berakhir dengan perpisahan ini, pintu hatinya
telah tertutup rapat untuk bersuami lagi walaupun telah dipinang oleh
orang-orang yang kaya raya, berpengaruh dan sebagainya tetap ditolak dengan
hikmah. Tetapi setelah berkenalan pekerjanya iaitu seorang lelaki macho bernama
Muhammad saw, yang bijaksana, amanah dan sebagainya, cair juga hatinya
sehingga keluh kesah dibuatnya. Melalui budak suruhannya bernama Maisarah,
beliau meminta supaya menyampaikan hasratnya untuk mempersuamikan pekerjanya
Muhammad saw. Alhamdulillah permintaan Saidatina Khadijah diterima walaupun pada
awalnya Rasulullah saw merasa macam tidak percaya. Dengan persetujuan ini tanpa
banyak persoalan Saidatina Khadijah telah menghantar pada Muhammad saw utusan
berbunyi seperti berikut:
“Aku
meminta engkau menjadi suamiku kerana ikatan persaudaraan kita yang masih rapat,
kedudukan engkau yang mulia di tengah-tengah kaum Quraisy, jiwa engkau yang
mulia dan sifat-sifat murni engkau”.
Berbeza
dengan zaman ini, diusungnya janda itu ke sana sini dengan kerelaan hati janda
itu sendiri, konon-konon untuk mengenal lebih mendalam dan dibenarkan pula
diceduk sedalam dalamnya sampai ke pangkal, lepas itu barulah terfikir hendak
diajak kawin (bernikah) dan berakhir dengan penceraian jua !
Persoalannya
di sini, kenapa kisah cara perkahwinan antara Khadijah dan Rasulullah saw
ini tidak dijadikan dalil
dan hujah oleh pihak penentang supaya menekankan
semua kaum lelaki yang ingin berkahwin, mulailah berkahwin dengan janda, janda
itulah juga sendiri yang meminang? Susah juga untuk mencari janda yang sudah
berkahwin dua kali dan mempunyai anak empat orang! Pada zaman ini, janda seperti ini mungkin ada tetapi sudah
pasti agak berpengalaman, takut pula kena “queen control” nanti dan
menyebabkan menggelabah rumahtangga. Walau bagaimanapun zaman sekarang ini ramai
juga yang berkahwin (secara sah) bermula dengan janda, tetapi janda yang
dilakukan dengan kerelaan hati pasangan
itu sendiri iaitu “janda
tidak rasmi” kerana mereka bukanlah anak dara lagi,
atau biasa disebut “sudah ditebuk tupai”.
Pasangan yang semacam ini memang terlalu ramai dan tak terbilang, memenuhi perut
bumi, dari timur ke barat, utara ke selatan.
Nau`zubillah min zalik.
.... sedutan lagi ,
d.
Di dakwa bahawa amalan poligami dianggap
sebagai tolok ukur keislaman seseorang, semakin aktif berpoligami dianggap
semakin baik poisisi keagamaannya. Atau, semakin bersabar seorang isteri
menerima permaduan, semakin baik tinggi keimannya. Slogan-slogan yang sering
dimunculkan misalnya, "poligami membawa berkah", atau "poligami
itu indah", dan yang lebih popular adalah "poligami itu sunah".
Hujah balas :
Sudah
pastilah hanya orang yang berilmu sahaja mampu mentadbir isteri yang
ramai. Oleh itu benarlah apa yang anda kata iaitu sisuami semakin baik posisi
keagamaannya. Semakin baik di sini
bermaksud semakin
berhati-hati dengan segala amanah dan anugerah yang Allah swt kurniakan kerana bukan
semua orang menjadi pilihan Tuhan memiliki ramai isteri. Kalau tidak berilmu,
memiliki satu isteri pun akan hidup lintang pukang, tonggang langgang dan
sebagainya seperti lazimnya terjadi di zaman sekarang.
Perempuan
yang bersifat sabar bukannya kerana mereka sanggup bermadu atau sebagainya,
tetapi kerana nur keimanan yang dilimpahkan
oleh Allah swt dalam jiwa mereka yang ikhlas mungkin hasil berkatNya ilmu yang
dipelajari daripada suami mereka atau yang dipelajari sebelum mereka berkahwin
dan dimadukan. Bersabar dalam soal bermadu hanya perkara enteng sahaja bagi wanita beriman. Banyak perkara lain lagi yang
lebih menuntut kepada kesabaran yang tinggi.
Kesabaran yang paling utama sebenarnya adalah perlu dimiliki oleh suami
kerana suami berhadapan dengan isteri-isteri yang pelbagai ragam, isteri-isteri
hanya berhadapan dengan satu ragam sahaja!
Isteri-isteri Rasulullah saw sendiri pun mempunyai banyak ragam inikan
pula isteri-isteri kita yang hanya insan biasa. Hakikatnya
kesabaran lebih menuntut kepada orang lelaki, bukannya
wanita!
Memanglah
"poligami membawa berkah",
"poligami itu indah", dan "poligami itu sunah" kerana
Rasulullah saw juga melakukannya. Ini
bukanlah slogan-slogan yang direka-reka, tetapi ini adalah hakikatnya yang
sebenar. Sesungguhnya “Poligami Anugerah Tuhan”. Bagi mereka (terutamanya
kaum penentang) yang masih berada pada takuk
lama iaitu sekadar mampu mengamalkan monogami, tidak akan diberi olehNya akan
hikmah dan rahsia ini! Mereka mungkin pengamal monogami, tetapi di luar sana
disimpan perempuan keliling pinggang! indah bukan ! tetapi tidak
berkah dan bukannya sunnah melainkan akan menjerat mereka
ke dalam azab Allah swt yang pedih !
Na`uzubillah minzalik.
.... sedutan lagi,
...... Soal cemburu tidak timbul pada diri Saidatina Fatimah Az-Zahra. Apalah yang Saidatina Fatimah Az-Zahra ingin hadapkan sangat akan kasih sayang daripada Saidina Ali K.W yang hanyalah “makhluk” biasa berbanding dengan kasih sayang yang melimpah ruah dan rahmat yang diperolehinya daripada yang Maha Agong, Maha Bijaksana, Maha Pemurah dan Maha segala-galanya iaitu Allah swt, Tuhan pencipta “makhluk” itu sendiri dan Tuhan pencipta sekalian alam! Bagi Saidina Ali juga apalah yang dihadapkan sangat kasih sayang Saidatina Fatimah. Setelah Saidatina Fatimah wafat (enam bulan selepas kewafatan ayahandanya Rasullullah saw), hanya dalam masa seminggu Ali telah berkahwin lagi, bak kata orang tua-tua, “tanah kubur masih merah” lagi. Ada juga yang meriwayatkan bahawa Ali telah berpoligami iaitu mempunyai dua isteri selepas kewafatan Fatimah itu. Waulahua`lam. Yang sahihnya, isteri pertama yang dikahwini oleh Saidina Ali selepas kewafatan Saidatina Fatimah bernama Umamah r.a adalah calon yang diwasiatkan oleh Saidatina Fatimah itu sendiri. Harap-harap pihak penentang poligami membuat resolusi supaya memohon mendapat kebenaran dan sokongan orang ramai supaya setiap wanita hendaklah mengisi borang wasiat (dua salinan – takut hilang) untuk mencalon isteri bagi suami jika mereka meninggal dunia. Buatlah wasiat untuk suami anda sekarang supaya berkahwin lagi setelah anda meninggal dunia. Pilihkanlah calon isteri yang terbaik buat suami tercinta dan jika tiada masalah, calonkanlah isteri baru suami anda seramai mungkin J. Sebaliknya ada satu kisah yang mengarut diamalkan oleh kebanyakan isteri yang kematian suami. Kononnya mereka ingin setia pada suami yang satu itu! Setelah suami meninggal dunia mereka sanggup membujang sampai mati kononnya takut nanti tidak dapat jumpa suami di akhirat! Allah swt menetapkan hanya isteri-isteri Rasulullah saw sahaja yang haram dinikahi setelah kewafatan baginda. Hairan juga dari sumber ilmu mana yang telah dipelajari oleh janda-janda ini sehingga sanggup membujang sampai mati. Tentu sekali mereka telah ditipu oleh suami! Kasihan sungguh. Janganlah buat benda yang pelik-pelik yang tidak ada dalam Islam.
....