....

Di akhir zaman ini, dunia  akan dipenuhi oleh kaum wanita sehingga nisbah seorang lelaki dengan perempuan adalah 1:40 atau mungkin lebih menurut hadis Nabi saw.  Dengan nisbah yang tinggi ini sudah tentu kita menyangka akan menghadapi tentangan hebat dari kaum  wanita itu sendiri atas sifat-sifat wanita itu sendiri secara fitrah. Yang menghairankan, sebaliknya kaum lelaki pula yang beria-ia menentang sekeras-kerasnya amalan ini. Yang mengelirukan lagi adalah sesetengah hujah penentangan itu datangnya daripada kalangan ulamak-ulamak yang terkenal sehingga ada di antara ulamak ini begitu berani mengharamkannya !  Nauzubillah min zalik..!

Pelbagai pendekatan telah dikemukakan untuk menentang amalan poligami ini. Jika orang itu orang kafir, mereka akan menggunakan pelbagai ideologi dan fenomena menentangnya. Bagi golongan Ulamak pula, mereka akan menggunakan beberapa dalil dari Al-Quran, beberapa himpunan hadis dan sejarah.  Yang menjadi mangsa adalah orang awam yang cetek ilmunya dalam bidang agama. Ada juga yang terfikir, adakah hujah yang diberikan ini benar? Adakah hadis yang disampaikan itu silap ? Adakah Al-quran itu pun silap atau tidak sesuai dipraktikan pada zaman sekarang?

Adalah sangat merbahaya dan keterlaluan untuk mempersoalkan Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran merupakan Kitab Suci yang tersangat mulia dan dijamin terpelihara dari sebarang kesilapan sebagaimana yang dijanji oleh Allah swt sendiri.  Ianya satu-satunya di antara pelbagai mukjizat Rasulullah saw yang masih boleh ditatap sehingga sekarang. Tidak dinafikan, ada juga golongan yang berani memepertikaikan kesucian Al-Quran. Golongan seperti ini, kita tidak perlu melawan kerana mereka tidak akan mampu mengubah apa-apapun kesucian dan ketulenan Al-Quran, usaha mereka sia-saia sahaja kerana tidak ada kebaikan langsung tetapi digantikan dengan balasan azab di akhirat nanti. Semuga mereka sempat bertaubat!

Di antara hujah-hujah yang dikemukakan untuk menentang amalan poligami dipetik dari beberapa sumber penulisan dan kajian yang oleh beberapa pihak iaitu seperti berikut,  mereka mendakwa: -

a.      Sepanjang hayatnya, Nabi lebih lama bermonogami daripada berpoligami. Monogami dilakukan Nabi di tengah masyarakat yang menganggap poligami adalah lumrah. Rumah tangga Nabi SAW bersama isteri tunggalnya, Khadijah binti Khuwalid RA, berlangsung selama 28 tahun. Baru kemudian, dua tahun sepeninggal Khadijah, Nabi berpoligami. Itu pun dijalani hanya sekitar delapan tahun dari sisa hidup beliau. Dari kalkulasi ini, sebenarnya tidak beralasan pernyataan "poligami itu sunah".

....... sambung ....

i.      Teks-teks hadis poligami sebenarnya mengarah kepada kritik, pelurusan, dan pengembalian pada prinsip keadilan. Dari sudut ini, pernyataan "poligami itu sunah" sangat bertentangan dengan apa yang disampaikan Nabi. Apalagi dengan melihat pernyataan dan sikap Nabi yang sangat tegas menolak poligami Ali bin Abi Thalib RA. Anehnya, teks hadis ini jarang dimunculkan kalangan propoligami. Padahal, teks ini [ diriwayatkan para ulama hadis terkemuka: Bukhari, Muslim, Turmudzi, dan Ibn Majah]. Nabi SAW marah besar ketika mendengar putri beliau, Fathimah binti Muhammad SAW, akan dipoligami Ali bin Abi Thalib RA. Ketika mendengar rencana itu, Nabi pun langsung masuk ke masjid dan naik mimbar, lalu berseru: "Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah meminta izin kepadaku untuk mengawinkan putri mereka dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, Sama sekali, saya tidak akan izinkan. Sama sekali, saya tidak akan izinkan, kecuali bila anak Abi Thalib (Ali) menceraikan anakku dahulu, kupersilakan mengawini putri mereka. Ketahuilah, putriku itu bagian dariku; apa yang mengganggu perasaannya adalah menggangguku juga, apa yang menyakiti hatinya adalah menyakiti hatiku juga." (Jâmi’ al-Ushûl, juz XII, 162, nomor hadis: 9026).

j.      Sama dengan Nabi yang berbicara tentang Fathimah, hampir setiap orangtua tidak akan rela jika putrinya dimadu. Seperti dikatakan Nabi, poligami akan menyakiti hati perempuan, dan juga menyakiti hati orangtuanya.

k.       Dari cara pandang budaya memang menjadi jelas bahwa poligami merupakan proses dehumanisasi perempuan. Mengambil pandangan ahli pendidikan Freire, dehumanisasi dalam konteks poligami terlihat mana kala perempuan yang dipoligami mengalami “self-depreciation”. Mereka membenarkan, bahkan bersetuju dengan tindakan poligami meskipun mengalami penderitaan lahir batin luar biasa. Tak sedikit di antara mereka yang menganggap penderitaan itu adalah pengorbanan yang sudah sepatutnya dijalani, atau poligami itu terjadi karena kesalahannya sendiri.

l.     Menurut Su'ad Ibrahim Sholeh, seorang professor fiqih di Universitas al Azhar Mesir, "Poligami sesungguhnya merupakan keringanan yang diberikan dalam kondisi khusus dan dengan syarat-syarat tertentu. Menurut al Maraghi, pemilik tafsir al Maraghi: "Poligami tidak sesuai dengan konsep mawaddah wa rahma dan ketenangan jiwa terhadap seorang wanita, yang merupakan rukun kebahagiaan pasangan suami sitri. (Siti Habiba, Batam, 30 Agustus 2005)

.... seterusnya boleh dibaca dalam buku ...