Assalamu`alaikum.

Saudara pelawat yang dihormati.

Terima kasih kerana masih lagi melayari laman web kami. Berkaitan dengan terbitan ini, buku ini dihuraikan sedemikian rupa diintegrasikan dengan ketiga-tiga cabang ilmu  iaitu Ilmu Tauhid, Ilmu Fiqih dan juga Ilmu Tasauf serta Sirrah Rasulullah saw. Untuk membicarakan secara menyeluruh berkaitan dengan topik ini tidaklah mampu dibuat oleh sesiapa pun kerana ilmu Allah swt itu tersangat luas dan tidak terhingga banyaknya. 

Firman Allah swt :-

"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambah kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya , nescaya tidaklah akan habis-habisnya (ditulis) kalimah Allah (ilmu dan hikmatNya), Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Luqmaan 27).

Ilmu Tauhid

Ilmu Tauhid adalah ilmu yang sangat penting mula-mula diajar oleh Rasulullah saw kepada para sabahat untuk diimani tanpa berbelah bahagi. Oleh itu setiap orang beragama Islam wajib mempelajari ilmu Tauhid ini melepasi fardhu `ain dan wajib diimani. Mengimani ilmu tauhid merangkumi Rukun Iman yang enam iaitu percaya kepada Allah, percaya kepada Rasul-rasul, percaya kepada Malaikat, percaya pada kitab-kitab Allah, Hari Akhirat percaya kepada Qadha` dan Qadha

Perselisihan pendapat, perkhianatan terhadap hukum Allah berpunca kerana tidak beriman seperti apa yang dinyatakan dalam Rukun Iman. Oleh itu, tidak hairanlah jika  terdapat begitu ramai orang awam dan juga golongan pentafsir membuat andaian mereka sendiri dalam soal peraturan syariat Islam seolah-olah hanya sesuai mengikut masa-masa dan zaman-zaman tertentu. Hakikatnya, syariat Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah saw itu sedikit pun tidak berubah dan tidak boleh diubah dari awal-awal Islam hinggalah ke hari Kiamat. Kita biasa mendengar bahawa: " jika tidak duduk dalam tauhid bermakna sesatlah jawabnya". Inilah yang sebenarnya berlaku sekarang ini. Ada yang menyangka amalan poligami yang dilakukan oleh Rasulullah saw sudah tidak sesuai lagi dan harus dihapuskan, diperketatkan dan sebagainya. Jika inilah iqtikad mereka iaitu amalan Rasulullah saw hanya sesuai seolah-olah bermasa-masa, boleh jatuh kepada kufur dan murtad. Nau`zubillah minzalik. Apa sahaja yang Rasulullah saw lakukan dan amalkan tidak tertakluk pada masa-masa, semuanya sesuai sah sehingga akhir zaman sehinggalah turunnya Nabi Allah Isa a.s yang akan mengambil kitab suci Injil dan Taurat di Vatikan, digunakan untuk memerintah bumi sebelum berlakunya Kiamat Besar seperti yang janjikan oleh Allah swt. Perkara ini benar-benar akan berlaku sebagaimana yang telah diberitahu oleh Rasulullah saw beribu tahun yang lampau. 

Asasnya Ilmu Tauhid terdiri daripada tiga cabang iaitu:

a.  Ilahiyyat iaitu ilmu yang berkaitan dengan Ketuhanan.
b.  Nubuwwat iaitu ilmu yang berkaitan dengan Kenabian.
c.  Sami`iyat iaitu ilmu yang berkaitan dengan ilmu kerohanian (ghaib) yang tidak dapat dicapai dengan pancaindera yang zahir.

Untuk mendalami ilmu tauhid, seseorang murid itu perlulah mempelajari (berhadapan) dengan guru (mursyid) yang khusus kerana ilmu ini berkaitan dengan ilmu-ilmu kerohanian (ghaib) yang tidak tercapai oleh akal manusia biasa. Tanpa guru, mungkin apabila murid berhadapan dengan beberapa kemusykilan, jika ditafsir dengan sendiri boleh membawa kepada tipudaya iblis laknatullah. Berbekalkan  ilmu tauhid yang kemas, dapat mambantu manusia hidup dengan penuh yakin, tidak berharap rezeki pada makhluk, tidak mengharapkan sebarang derajat kebesaran kurniaan daripada makhluk, tidak menyekutukan Allah swt dengan apa-apa jua sekalipun . Mereka yakin, faham dan mengerti bahawa apa sahaja yang terjadi di dunia ini walaupun gerakan mata kita semuanya telah tertulis sejak azali lagi pada Kitab Induk (Lauh Al-Mahfudz). Oleh itu, manusia akan lebih bersyukur bila dikurniakan rezeki, dan bersabar apabila ditimpa bala. Sungguhpun begitu, untuk mencapai tahap keyakinan yang tinggi dalam masalah iman dan tauhid bukanlah satu perkara mudah. Bukan sekadar mendengar kuliah-kuliah lepas magrib di surau-surau atau masjid dan hari-hari tertentu sahaja. Untuk mencapainya adalah dengan penuh perjuangan, yakin dan amal apa yang disuruh dan tidak diselubungi dengan amalan haram maupun syubahat (mutasyabihat).  Golongan-golongan ini akan mempergunakan masanya berkhalwat, bermunajat dan berdzikir pada Allah swt. Pada sebelah malamnya tidak akan tidur dengan cukup melainkan hatinya sentiasa tertumpu beribadah keaada Allah swt. 

Firman Allah swt:

" ..lambung (rusuk) mereka jauh (renggang) dari tempat tidur" (As-sajdah: 16)

Golongan jenis ini juga tidak ada masa untuk berhibur. Semakin menjelang tua, semakin kuat ibadahnya. Berbeza dengan kebanyakan orang sekarang, semakin tua, semakin aktif dengan aktiviti tidak berguna. Menjadi pengerusi itu, pengerusi ini, setiausaha itu, setiausaha ini yang mana semuanya hanyalah menambahkan hijab (penyakit hati yang tercela) dan semakin jauh dari rahmat Allah swt. Entah apa yang dibanggakan  menjadi pemimpin program yang tidak berfaedah itu dan kebanyakannya jelas haram! Sepatutnya diusia emas itu hendaklah digunakan sepenuhnya mempelajari ilmu-ilmu, terutama bab-bab sembahyang. Sembahyang merupakan satu perkara yang mula-mula Allah swt tanya diakhirat kelak.

Ilmu tauhid juga akan mengajar manusia dalam masalah rezeki. Sesungguhnya rezeki itu telah dijamin oleh Allah swt sejak azali lagi samada banyak dan sikitnya bergantung pada Allah swt.

Firman Allah swt:

"Tidak satu pun dari makhluk melata di bumi ini melainkan sudah ditanggung Allah rezekiNya0" .(Surah hud:6).

"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan memberikannya jalan keluar. Dan (Allah) memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka- sangkanya. (At-Talaaq: 2-3).

Kebanyakan umat akhir zaman ini bimbang akan rezeki atas dunia sehingga tidak sempat untuk menjalankan kewajiban sebagai orang Islam seperti sembahyang jemaah, bersedekah, berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah saw dan sebagainya. Mereka takut hidup dalam kemiskinan dan kefakiran. Malangnya, mereka masih sempat makan angin, "enjoy" sana sini, berkaraoke, main golf, aktif berpersatuan kononnya boleh dapat ramai pelanggan dan sebagainya.

Hadis Rasulullah saw:

"Siapa hatinya sentiasa bimbangkan kefakiran nescaya sedikitlah amalan yang diangkatkan (kepada Allah )".

Apa yang berlaku ini sebenarnya adalah perasaan cintakan dunia dan takutkan mati. Cintakan dunia itu adalah pokok segala bencana..! Oleh itu golongan seperti adalah tersangatlah rugi serugi-ruginya. Hati mereka tidak pernah diketuk oleh rahsia kebatinan ini iaitu tidak mampu menyingkap rahsia-rahsia ketuhanan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kafir. Oleh kerana amalan mereka sama sahaja seperti orang kafir, rugilah hidup mereka.

Firman Allah swt:-

"Dan bersabarlah (engkau, wahai Muhammad) sebagaimana kesabaran Rasul-rasul Ulul `azmi, dan janganlah engkau meminta disegerakan (adzab) bagi mereka. (Al-Ahqaaf:35)

 "Aku sentiasa berasa bersama-sama orang yang terpatah hatinya kerana Aku".  (Hadis Qudsi).

 

Ilmu Fiqih

Ilmu Fiqih adalah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan peraturan-peraturan untuk melakukan ibadat-ibadat yang dituntut dalam Islam. Ilmu ini merangkumi topik Bersuci (Thaharah), Solat, Puasa, Zakat, Haji dan Munakahat. Dalam buku ini akan diulaskan lebih kepada bidang Munakahat iaitu bab yang berkaitan perkahwinan poligami. Sebagaimana yang kita sedia maklum, amalan poligami dianggap seperti satu amalan yang pelik, tak bertanggungjawab, tidak  berperikemanusiaan dan sebagainya dan sering menerima tomahan dan kritikan daripada pelbagai pihak. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana ilmu pengetahuan dalam bab ini kurang diajar secara terbuka dan sukar mandapatkan bahan ilmiah secara menyeluruh. Oleh itu, kebanyakan penentang amalan ini adalah mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak berpengalaman. Kita tidak boleh salahkan mereka tetapi perlu "educate" mereka dengan apa jua jalan yang kita termampu. Selebihnya terserah pada Allah swt. Walaubagaimana pun kita sebenarnya tidak perlu melayan sangat segala penentangan ini kerana ada di antara golongan penentang ini adalah mereka yang bukannya jahil tetapi berperasaan hasad dengki, cemburu dan tidak yakin dengan Tuhan. Masalah menjadi lebih kritikal apabila kita menerima tentangan ini pula daripada golongan ulamak su`i (jahat). Golongan ini mendapat sokongan daripada kebanyakan orang Islam (yang munafik) sehingga segala perubahan yang dibuat terhadap syariat Islam itu menjadi pegangan. Mereka (ulamak su`i dan kaum penentang ) ini seolah-olahnya ingin membela kaum wanita. HAKIKATNYA kaum wanita telah dibela oleh Islam beribu tahun yang lampau tanpa ada sebarang masalah. Ulamak-ulamak jenis inilah yang memenuhi perut bumi sekarang ini. Dua perkara bida`ah (lagi sesat) yang menjadi pegangan kebanyakan orang dicipta golongan ulamak jahat ini adalah seperti berikut:-

a. Memerlukan kebenaran Kahdi untuk berpoligami.
b. Perlu mendapatkan kebenaran isteri untuk berpoligami.

Kedua-dua peraturan bida`ah ini TIDAK PERNAH BERLAKU DAN TIDAK PERNAH DIAJAR oleh Rasulullah saw. Tidak ada hujah dari kitab-kitab fiqih atau karya ulamak tersohor yang benar lagi zuhud dulu-dulu menyatakan peraturan begini. Menambah atau mengurangi syariat islam boleh membawa kepada kekufuran dan murtad pada pelakunya. Yang mengelirukan, segala program maksiat dibiarkan berleluasa tanpa sebarang pemantauan dan penentangan daripada mereka walhal inilah tugas hakiki mereka iaitu mencegah kemungkaran. Jika kita hendak membantu mencegah kemungkaran ini tidak dibenarkan dengan alasan tidak bertauliah, tidak ada permit dan sebagainya. Terlalu banyak program-program maksiat TIDAK MAMPU mereka kawal tetapi menyusahkan, menyempitkan perkara yang dihalalkan oleh Allah swt seperti poligami. Dalam program-program maksiat dihidangkan seperti akedemi fantasia, mentor, bintang mencari bintang, bintang kecil, muzik-muzik, aktiviti-aktiviti sukan dan sebagainya, ulamak hanya mendiam seribu bahasa. Apabila dalam soal poligami mereka banyak cakap sehingga sanggup mencipta peraturan yang tidak ada dalam Islam. Tidak dinafikan, apabila adanya program-program maksiat seperti di atas, terdapat beberapa pasangan yang bertemu terdiri daripada golongan lelaki yang sudah berkahwin bertemu dengan anak gadis. Atas dasar suka sama suka, mereka ingin mendirikan rumah tangga (bernikah) tetapi atas tiket poligami. Pada masa inilah ulamak (jahat) ini sedaya upaya menyulitkannya sehingga banyak permohonan digagalkan. Ada kes sehingga orang kenamaan bergelar Tan Sri juga digagalkan permohonannya untuk berpoligami oleh bekas mufti. Simufti berasa bangga dan berani mengeluarkan kenyataan dalam akhbar kononya telah menjalankan tanggongjawab menyelamatkan keluarga padahal apa yang dilakukannya adalah terpeseong dan sesat dari ajaran Islam. Na`uzubillah minzalik. Harapan kita semoga mufti berkenaan sempat bertaubat. Ada juga kes di mana  suami sudah berbincang untuk berkahwin lagi dan tidak ada halangan dari pihak isteri. Ibubapa dari pihak bakal isteri kedua juga telah bersetuju. Permohonan untuk berpoligami ini digagalkan oleh pihak Khadhi atas sebab borang "J" yang ditunjukkan seolah-olah membuktikan si suami tidak mampu untuk memberi makan kepada isteri seorang lagi!. Inilah sempitnya pemikiran pemimpin -peminpin agama kita! Adapun tujuan pasangan-pasangan yang bertemu itu ambil jalan untuk bernikah kerana yakin dan takut dengan janji adzab yang bakal diterima daripada Allah swt jika mereka  berterusan bertemu dengan ikatan tidak sah. Keyakinan mereka ini dipermain-mainkan oleh pemimpin-peminpin agama kita. Akhirnya:

"Setiap hari beribu-ribu gelen air mani haram dikeluarkan tetapi dihalalkan oleh ulamak!"

Hasilnya, statistik perangkaan pendaftaran anak luar nikah yang dikeluarkan oleh JPN dalam enam bulan pertama tahun ini adalah sebanyak 70 000 pendaftaran. Majoriti pendaftaran anak luar nikah adalah golongan orang melayu yang beragama Islam, satu perkara yang sangat memalukan dalam negara yang mengaku Islam! Ini tidak termasuk mayat-mayat bayi yang dijumpa dalam tong-tong sampah, lubang jamban, ditinggallkan dalam hutan , dibunuh dan sebagainya.  

Oleh itu, terpulanglah kepada mereka (Ulamak su`i yang mendukung peraturan dan perundangn Islam) samada ingin termasuk ke dalam golongan (hina) tersebut atau segera bertaubat. Semoga Allah swt memberikan petunjuk dan hidayah kepada mereka semua. 

 

Ilmu Tasauf

Ilmu Tasauf merupakan ilmu yang paling penting melengkapkan keseluruhan ilmu untuk umat Islam menjalankan ibadah kepada Allah swt dan mentaati perintah ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw. Beribu-ribu buku berkaitan ilmu Tasauf boleh diperolehi dan banyak telah diterjemahkan ke dalam bahasa malaysia dan bahasa indonesia. Oleh itu tidak ada alasan bagi kita untuk mengenepikan ilmu ini dari membuat sebarang kajian. Seperti yang lainnya, ilmu tasauf juga adalah wajib dipelajari melepasi fardhu `ain bagi semua orang beragama Islam lelaki dan perempuan.

Asasnya ilmu tasauf ini mengajar untuk menjadi sebenar-benar manusia, bersifat dengan ciri-ciri manusia yang mulia iaitu, kesederhanaan (zuhud), qanaah, sabar, tekun, berani menentang kemungkaran, istiqamah dalam melakukan ibadat, iklhas dalam ibadat dan sebagainya. Untuk mencapai pada tahap manusia yang mulia iaitu bersih dari sifat-sifat tercela seperti tamak, cinta dunia, panjang angan-angan dan sebagai memerlukan latihan khusus dan perjuangan yang hebat, bukan sekadar menaruh cita-cita sahaja. Untuk mencapainya perlu dibimbing pula oleh guru-guru kerohanian yang dapat memberikan tunjukajar secara zahir dan bathin. Oleh kerana dalam pengajian ilmu ini, gangguan-gangguan halus biasa dihadapi seperti bisikan-bisikan syaitan, maka di sinilah peranan guru kerohanian membimbingnya. Bagi mereka yang dikuniakan kelebihan dalam ketiga-tiga ilmu ini (Tauhid, Fiqih dan Tasauf) akan dapat mengarungi kehidupan dengn penuh keyakinan dan kesabaran menghadapi sebarang ujian dan rintangan. Mereka dapat memahami perkara-perkara yang tersurat dan tersirat yang tidak mampu dicapai oleh akal orang awam. Banyak contoh-contoh akan diterangkan dalam buku ini. Kaitan ilmu tasauf dalam mengharungi kehidupan berpoligami adalah sangat penting. Jika suami dan isteri-isteri mereka dikurnia ketiga-tiga ilmu ini dan tidak mengingkar ilmu-ilmu ini, isya`allah mereka dapat mengharungi  dengan aman damai. Tidak ada formula lain yang boleh dicipta selain daripada memiliki dan mengamalkan ketiga-tiga cabang ilmu ini. Ingatlah, barang siapa yang hanya berfiqih dan tidak bertasauf adalah zindik (berdosa besar) dan barang siapa yang bertasauf tetapi tidak berfiqih adalah fasik (sesat). Amnya, ilmu ini adalah berkaitan dengan memelihara "hati". Tanpa ilmu ini seseorang itu tidak akan mempunyai hati yang mulia. Sebab itulah kita biasa melihat, seseorang itu disangka alim, warak, berpengetahuan agama tinggi tetapi cinta dunia, hasad dengki, menipu dan sebagainya. Berapa ramai ustaz-ustaz yang menghisap rokok, satu amalan yang jelas haram. Berapa ramai ustaz-ustaz atau pemimpin agama kita yang meminati bola sedang perlaksanaan permainan ini adalah haram ! Disebabkan sebiji bola beribu-ribu orang meninggalkan  solat jemaah, dan berjuta-juta rakyat terus meninggalkan solat!.  Berapa ramai juga ustaz-ustaz yang menyanjung tinggi artis, sedangkan perkerjaan itu adalah jelas haram dari segi hukum syarak!  Dan yang kroniknya, ustaz-ustaz atau pemimpin-pemimpion agama inilah yang termasuk dalam golongan yang kecut dan takut bini, di atas kecemburuan  inilah, mereka sanggup mengubah hukum Allah swt iaitu dengan cuba menutup rapat-rapat amalan berpoligami. Ini semua adalah kerana mereka tidak mempunyai santapan rohani yang terdiri ilmu tasauf dan juga tauhid. Saya pernah bertanyakan pada seorang sahabat yang berjawatan tinggi dalam jabatan agama: "Kenapa Ustaz tidak berminat untuk kahwin lagi atau Ustaz  ni takut bini ?" , ".... ishhh mana ada" . jawabnya. " Bukan saya takut bini, tapi bini saya yang tak takut pada saya! itu masalahnya" tambah ustaz itu. Astaghfirullah.. amin..

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, silahlah baca buku ini keseluruhannya. Terima kasih di atas segala sokongan anda semua.

- webmaster -