.... dari sedutan di atas ...
Orang
Islam yang makan babi tidak melibatkan orang Islam yang lain. Dosa atas perut
masing-masing sahaja. Dalam soal tugas kadhi, telah dijadikan peraturan dalam
urusan nikah kawin yang hakikatnya TIDAK dibenarkan dan tidak ada dalam
perundangan Islam. Ini akan melibatkan orang lain juga. Mungkin bagi seorang
kadhi melibatkan 1000 orang pasangan dalam kariahnya yang
ditekan (dipaksa) supaya mematuhi
undang-undang palsu dan bida`ah ini. Dua kesalahan telah dibuat iaitu,
pertamanya mereka telah mengharamkan (menyulitkan, menyusahkan) perkara yang
halal dan yang keduanya, mengadakan perkara yang baru yang tidak dalam Islam.
Hakikatnya, haram mematuhi maupun melaksanakannya kerana telah menambah (mengubah)
hukum yang tidak ada dalam Islam.
Hal ini boleh jatuh kepada iqtikad MURTAD. Jadi tidak ada bezanya dengan apa
yang berlaku akhir-akhir zaman ini di mana ramai golongan melayu memohon menjadi
Murtad. Waullahu`alam. Berbaliklah kepada Al-Quran dan Al-Hadis jika ingin
selamat di dunia dan juga di
akhirat. Bertaubatlah cepat sebelum ajal ! Ingatkanlah
Firman Allah swt:
“
Barangsiapa menentapkan hukum tidak berdasarkan apa yang
telah diturunkan Allah, mereka adalah orang-orang kafir .” (QS 5: 44)
“
Barangsiapa menentapkan hukum tidak berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah,
mereka adalah orang-orang zalim .” (QS 5: 45)
“
Barangsiapa menentapkan hukum tidak berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah,
mereka adalah orang-orang fasik .” (QS 5: 47)
Sebab
itu Rasul s.a.w bersabda:
“
Hendaklah kamu bertanyakan pada diri mu sendiri walaupun kamu diberikan fatwa
oleh ahli-ahli fatwa.”
Ya
Allah, selamatkan mereka ini. Berilah mereka petunjuk dan hidayah yang
sebenar-benarnya. Mereka (kadhi-kadhi) ini hanyalah manusia kerdil sahaja, yang
hanya menjalankan tugas untuk mencari rezeki sesuap nasi selaku bapa, suami atau
anak. Oleh itu Ya Allah, berikan mereka kekuatan untuk menentang kebathilan dan
kepalsuan undang-undang yang telah dicipta oleh golongan pemimpin-pemimpin agama
Islam yang tidak bertanggungjawab ini! Amin, amin, amin ya rabbal`alamin.
.... bersambung di dalam buku...