POLIGAMI ANUGERAH TUHAN
Sebelum buku ini diterbitkan, "dummy " buku ini telah diedarkan kepada beberapa target pembaca untuk diberi peluang membaca isi buku ini supaya menilai dan memberi komen yang sewajarnya. Hasil dari sessi pembacaan awal ini, beberapa topik telah ditambah dan beberapa hujah didetailkan. Di antara komen-komen yang diterima berkaitan dengan serba sedikit peribadi penulis dan juga berkaitan dengan buku ini adalah seperti berikut:-
| 1. | Menurut penterjemah buku ini kepada bahasa inggeris iaitu
Professor Dr. Hj. Sapri (yang telah kembali ke rahmatullah pada awal Julai 2007 sebelum beliau sempat buku diterbitkan
keseluruhannya) berkata:
" Mungkin kita akan mengambil masa yang lama lagi selepas ini untuk mendapatkan penulisan berharga yang lain seperti ini. Saya telah membaca dan meniliti beberapa buku yang mengulaskan soal poligami, tetapi terlalu berbeza jika dibandingkan dengan buku ini kerana buku ini telah dikupas meliputi ketiga-tiga cabang ilmu iaitu ilmu fiqih, tauhid dan tasauf. Kebanyakan penulis hanya mengupas dan mentafsirkan soal ini dalam lingkungan sudut fiqih. Walau pun buku ini dihuraikan meliputi sudut ilmu fiqih, tauhid dan tasauf tetapi ianya amat sesuai dibaca oleh semua pihak kerana corak penulisan yang tidak berat." |
| 2. | Saya telah diberi peluang membaca beberapa keratan tajuk dari buku ini. Saya mulai dengan membaca isi kandungan sahaja saya sudah mula rasa tidak sabar supaya buku ini dikeluar segera. Apabila saya diizinkan membaca beberapa topik, saya dapat merasakan satu kelainan dalam buku ini dan amat berbeza dengan buku-buku yang saya baca sebelum ini. Saya harap buku-buku lain dapat menambahkan lagi bahan-bahan yang berguna untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Hampir semua buku berkisar poligami akan saya beli. Ada beberapa buku lain lagi yang sedang menunggu dipasaran tetapi dari penulis lain yang bakal menjadi koleksi saya juga insya`allah. |
| 3. | Saya selalu mengikuti ulasan poligami dalam blog-blog yang disediakan dalam internet dan dapati isu poligami ini begitu hangat sekali dipersoalkan. Saya telah membaca banyak artikel-artikel dengan harapan semoga terjumpa tips-tips yang dapat membantu saya mengamalkan poligami kerana saya rasa belum ada kekuatan untuk memulakannya. Apabila saya membaca beberapa keratan dalam buku ini, saya sedar bahawa BUKANLAH senang untuk mengamal poligami. Ulasan yang diberikan dalam buku ini seolah-olah memberitahu saya bahawa "usah bermimpi disiang hari" kerana terlalu banyak faktor yang perlu saya fikirkan. |
| 4. | Buku ini agak "simple" tetapi saya dapati
penulis telah memuatkan beberapa perkara yang saya tidak pernah
terfikir, walaupun latarbelakang saya dalam jurusan pendidikan agama sehingga
berjaya memiliki ijazah dalam bidang yang khusus. Yang saya amat tertarik sekali keberanian penulis memuatkan beberapa tajuk yang saya jangka menjadi perhatian seperti: a. Kenapa Ulamak membisu b. Ulamak pemangkin maksiat. c. Pendidikan yang melahirkan lembu-lembu dan lain-lain. Sebenarnya saya belum puas membaca buku ini kerana ketika itu masih dalam bentuk prototype atau dummy. Saya sendiri tidak sabar supaya buku ini dikeluarkan segera agar saya boleh membuat beberapa kajian dengan lebih mendalam. Saya dan rakan-rakan seperjungan akan sentiasa menyokong penulisan ini semoga dapat dimanafaatkan oleh semua lapisan masyarakat. Mungkin juga buku ini boleh dijadikan bahan kajian dan rujukan di pusat-pusat pengajian tinggi dalam bidang syariah dan sebagainya. |
| 5. | Saya tidak mahu komen apa-apa tetapi saya sangat setuju dengan penulis bahawa, mereka yang bukan pengamal poligami jika ingin menegur dan memberi komen negatif amalan poligami adalah satu penipuan dan dusta. Satu topik yang menarik perhatian saya adalah jalan penyelesaian yang dikemukakan oleh penulis untuk membudayakan poligami. Penulis telah memberi formula atau kaedah bagaimana poligami ini boleh dijadikan tradisi negara dan menjadikan budaya yang sihat. Walau bagaimanapun penulis bukan seorang yang menganjurkannya. Penulisan lebih kepada mendidik masyarakat supaya memperolehi maklumat yang betul tanpa diselewengkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. |
| 6. | Saya memang kenal rapat dengan penulis hampir lapan tahun, saya tidak terperanjat dengan buku ini kerana saya sedar penulis memang layak dan berpengamalan. Saya sendiri mengenali ketiga-tiga isteri penulis dan pernah bertandang di rumah mereka. Saya yakin apa yang disampaikan dalam penulisan beliau boleh memberi pengajaran yang terbaik buat semua pihak. Di antara satu perkara yang menarik dalam buku ini adalah topik "Kenali Rasulullah saw". Diakhir pembacaan, barulah saya faham, memanglah tidak dapat dinafikan bahawa Rasulullah saw adalah manusia yang tersangat luar biasa dan tidak layak sama sekali untuk dibuat perbandingan dengan sesiapapun jika hendak ditafsirkan berkaitan poligami. Silalah baca. |
| 7. | Saya memang mengenali penulis. Sekiranya kebetulan giliran beliau berada di rumah isteri beliau yang juga sahabat saya, dan juga berdekatan dengan rumah saya, saya tidak akan lepaskan peluang bertemu dengan beliau. Saya juga sebenarnya adalah seorang pengamal poligami satu ketika dahulu tetapi gagal mempertahannya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Ramai sahabat-sahabat saya yang mengamal poligami mendapatkan nasihat daripada beliau. Apa yang saya dapati daripada khidmat nasihat beliau, banyak perkara seolah-olah kami tidak pernah dengar (perasan) sebelum ini. Hakikatnya bukanlah senang untuk mengamal poligami dalam erti kata yang sebenar. Saya dapati buku yang diterbit ini mempunyai beberapa huraian penting berkaitan dengan adab-adab (akhlak) suami terhadap isteri-isteri dan sebaliknya. Pengetahuan dan pengalaman yang diketengahkan ini boleh dijadikan panduan berguna kepada sesiapa sahaja samada pengamal monogami dan lebih-lebih lagi yang berpoligami. |
| 8. | Saya sangat bertuah diberi peluang membaca "dummy" buku ini. Saya tidak mempunyai komen, yang pasti menggalakkannya. Yang menariknya, beliau mampu mengulas segala hujah-hujah penentang poligami yang dikemukakan oleh penentang-penentang yang hebat-hebat. Ada di antara penentang itu yang biasa kita dengar namanya (public figure) dan ada yang terdiri dari pensyarah-pensyarah pusat -pusat pengajian tinggi falkuti syariah dari dalam dan luar negeri dan sebagainya. Saya dan isteri saya memang mengenali beliau. Isteri saya kata" Kalaulah abang macam dia, saya tak kisah bang kalau nak kahwin banyak mana, tapi orang macam abang ini sebiji cawan pun tak terbasuh!", perli isteri saya. Memang tidak dinafikan akan dakwaan isteri saya. Penulis pernah bermalam di rumah saya. Isteri saya cuba nak korek-korek rahsia bagaimana agaknya "simamat" ni boleh kahwin ramai."Dia tu nampak biasa je bang!, cincin tak ada, jam tak ade, tak nampak hebat pun! " bisik isteri saya. Setelah makan minum bersama-sama, kami bertiga bersembang-sembang hingga lewat malam. Isteri saya hanya terlopong mulut tidak terkata apa-apa apabila beliau menasihati hal-hal yang berkaitan rumahtangga yang baru kami bina. Dari perbualan kami, mengesahkan saya bukanlah orang layak untuk berpoligami, melegakan perasaan isteri saya. Yang menghairankan tanya isteri saya, "kenapa isteri-isteri dia tidak "call" di manakah dia tidur malam ini. Habis tu! macam mana dia berbahagi malam? Saya tidak dengar pun bunyi "handphone" dia! heii.. tak sanggup saya!" tambah isteri saya. Saya jawab:" nanti bila abang dah kahwin lagi abang bagi tahulah macam mana nak faham benda-benda ini", "langkah mayat saya dulu bang!" balas isteri saya, kecut juga dibuatnya. Oleh itu saya ingin sampaikan bahawa penulisan ini adalah sangat berharga untuk dikongsikan bersama.! |
| 9. | Terima kasih kepada penulis kerana memberi saya peluang membaca dummy terbitan ini sebelum dikeluarkan. Saya membaca secara rawak dan saya dapati inilah satu-satunya buku yang dinanti-nantikan lebih-lebih lagi saya difahamkan bahwa sudah ada para ilmuan yang sudah bersedia menterjemahkan kepada bahasa lain seperti bahasa inggeris dan bahasa arab. Saya berharap akan ada para ilmuan yang sudi terjemah ke dalam bahasa cina, india dan sebagainya kerana maklumat yang ada dalam buku ini perlu diketahui oleh semua orang terutamanya "ulamak" kata penulis. Topik "ulamak pemangkin maksiat" adalah satu tajuk yang sangat mencabar kewibawaan ulamak. Setelah saya membacanya berulang-ulang kali, saya dapati memang ada kebenarannya iaitu wujudnya ulamak-ulamak jahat (su`i) di dunia ini. Saya juga terbaca komen dari sahabat penulis sebelum menghuraikan topik ini iaitu " mungkin ramai ulamak yang tersinggung", maka dijawabnya: "jika tidak tersinggung bermakna ulasan saya salah, itu sahaja" katanya. Beliau juga berkata: "biarlah saya "mengejutkan" mereka dari tertidur lena atas tilam-tilam yang empuk, baju mahal-mahal, rumah macam istana yang tidak ada pada sifat Rasulullah saw". |
| 10. | Terima kasih kerana membenarkan saya memberi komen. Saya hanya kenal penulis dalam masa terdekat ini sahaja iaitu di surau berdekatan dengan tempat beliau tinggal. Saya dan rakan-rakan sangat tertarik dengan keterangan beliau apabila mengulas soal poligami. Saya berpeluang membaca
beberapa bahagian kes sudi dalam bab 5 buku ini. Sebagai peminat poligami, saya rasa mungkin mustahil untuk mencapai impian saya.
Banyak bahan bacan saya dapati menunjukkan poligami ini sangat menyusahkannya.
Setakad ini saya belum jumpa jalan
penyelesaiannya lebih-lebih lagi tidak mampu berhadapan dengan isteri
saya yang garangnya macam singa betina kelaparan. Saya cuba melayari internet,
saya asyik jumpa perkara yang sama sahaja hujah-hujah yang dikemukakan. Saya juga hairan kenapa ada
juga golongan lelaki yang menentangnya. Setelah saya
berbual-bual dengan penulis, saya rasa seolah-olah saya baru belajar
dalam soal perkahwinan walaupun dalam soal monogami iaitu satu isteri. Saya masih teringat kenyataan beliau
iaitu:
" Jika mentafsir sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama hanya dari sudut fiqih, ianya tidak lain melainkan bathil belaka. Barang siapa yang berfiqih tetapi tidak bertasauf adalah zindik (berdosa besar) dan barang siapa bertasauf tanpa fiqih adalah fasik (sesat), oleh itu keduanya adalah wajib bagi setiap orang. Jika memahami ilmu tasauf, perkara yang berat untuk dipikul oleh orang awam, hanya mudah sahaja bagi kamu. Oleh itu selagi kamu berpegang dengan ilmu fiqih sahaja selagi itu kamu tidak akan jumpa jalan sampai bila-bila dan isu poligami ini akan jadi perselisihan sampai kiamat". Topik-topik dalam kes studi banyak memberi pengajaran pada saya. Jadikan buku ini salah satu bacaan penting anda. |
| 11. |
Saya salah seorang sahabat penulis ditempat beliau tinggal bersama dengan isteri kedua. Ada masa-masa tertentu saya dapati isteri ke tiga beliau juga tinggal bersama dengan isteri yang kedua. Yang sangat mencemburui saya, kedua-duanya isteriya itu sama-sama mengandung hanya berbeza dalam dua bulan sahaja. Macam-macam otak saya fikir, apakah ilmu yang dipakainya. Saya juga pernah kelihatan kesemua anak-anak beliau dari ketiga-tiga isteri ada dalam rumah itu dan dalam suasana yang ceria sahaja. Beliau jarang keluar rumah melainkan ke surau sahaja. Sesekali boleh juga terserempak beliau di luar rumah sedang mengampai pakaian-pakaian. Yang lucunya di sini, gerak geri beliau sentiasa diperhatikan oleh orang keliling. Yang paling tidak dapat saya lupakan adalah ada juga beberapa orang hamba Allah swt yang cemburu menuduh beliau seperti berikut, mereka berkata:
" ah.. tengok tu, ada ke dia yang mengampai baju-baju tu, mana pergi bini-bini
dia. Ini mesti kena "quen control ". Aku rasa-rasa mungkin dia ni sudah kena `nasi
kangkang' kot!. lagi pun aku nampak dia ni duduk rumah je, entah2 dia ni dok makan duit bini
je.. !".. |
| 12. | Saya berkenalan dengan penulis adalah secara kebetulan ketika dalam perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur menaiki bas yang sama. Saya ke Terengganu atas urusan untuk menyelesaikan satu kes di Mahkamah Syariah berkaitan rumahtangga. Beliau berkata: " ini bermakna kerja tuan hanyalah menjalankan tugas 'menegakkan benang yang basah sahaja', tidaklah mencabar! ". Sebagai seorang peguam (syare`i), saya rasa agak tercabar dengan kata-kata beliau. Selalunya apabila saya berkenalan dan menyatakan saya seorang peguam, biasa orang akan menghormati saya, tetapi berbeza dengan penulis buku ini, kata-kata "keramat" ini yang saya terima. Tidak ada langsung riak dimukanya menghormati kedudukan saya. Walau bagaimanapun setelah saya mengenali beliau sekian lama, baru saya terfikir kata-katanya itu ada kebenarannya. Tambah beliau " ..yang tuan perjuangkan adalah fakta bukannya kebenaran, fakta boleh direka-reka untuk menutup kebenaran". Setelah diberi peluang membaca beberapa bahagian buku terbitan ini, saya mula sedar dengan karier saya dan kalau boleh saya ingin tukar sahaja tetapi tidak mempunyai pengalaman lain walaupun menjual di pasar-pasar malam yang sudah tentu lebih rumit dan sebagainya. Berkaitan buku ini, saya rasa patut dibaca oleh semua pihak dan sesuai untuk semua golongan. |
| 13. | Saya selalu merantau hingga ke beberapa buah negara seluruh dunia untuk menjalankan usaha dakwah dan dengan izin Allah swt saya berpeluang bertemu dengan beberapa orang guru-guru, maulana-maulana dan sebagainya untuk mendalami ilmu agama saya.Sungguh pun begitu, masih terdapat beberapa kemusykilan yang saya belum berjaya mendapatkan penyelesaiannya. Kemusykilan ini berlega-lega dalam fikiran saya bertahun-tahun lamanya. Yang mengejutkan, kemusykilan saya ini telah terjawab dalam buku ini dengan hanya dua tiga baris ayat sahaja! Masya`allah. Oleh itu, saya percaya buku ini insya`allah dapat memberi beberapa pengajaran kepada sesiapa yang ikhlas mencari sesuatu yang berkaitan dengannya. |
| . | . |
| . | |
| . | Semua komen yang dinyatakan di atas diperolehi daripada beberapa orang kenalan penulis yang sudi meluangkan masa untuk memberi komen. Sebenarnya ada ramai oang perseorangan lagi yang telah diberikan peluang membaca sedutan buku ini. Mereka berharap agar buku ini dapat diterbitkan dengan kadar segera supaya dapat dikongsikan bersama dengan pembaca-pembaca yang lain. Oleh itu, pastikan anda memiliki buku ini dan bacalah dengan hati yang tenang. Pelaburan kecil ini mampu memberikan pulangan yang besar. |
| . | .. |
| . | Terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan. Penerbit. |