... sedutan dari atas ..
Adakah
anda pernah masuk ke kawasan-kawasan ternakan lembu atau pun kambing? Jika anda
pernah melihat, sudah pasti anda dapat membayangkan bagaimana ternakan itu
bergeseran, berkumpul, dan berlari-lari dan sebagainya ke arah yang kita tidak
pasti samada mengikut arahan tuannya ataupun ke arah lain dengan urusan
masing-masing dengan tidak tentu haluan.
Begitulah
rupanya keadaan manusia jika anda menyaksikan kehadiran umat Muhammad saw akhir
zaman ini membanjiri program-program maksiat yang dianjurkan setiap hari. Penganjur BERJAYA melahirkan kumpulan
“lembu-lembu” ini dengan pelbagai rupa keadaan dan yang uniknya lembu-lembu ini
tidak perlu dicucuk hidungnya, ikut sahaja dengan taat! Dengar dan taat! Sami’na
wa ata’na!
Siapakah
mangsa yang hadir itu kalau tidak majoritinya orang melayu beragama Islam.
Kadang-kadang malu kita dibuatnya apabila kelihatan dalam TV, hanya muka-muka
melayu sahaja yang membanjiri kesemua program-program hina ini. Apa sudah jadi
kepada bangsa melayu ini?! Bangsa lain sibuk menimba ilmu dan menjauhi hiburan,
bangsa melayu terus lalai, seolah-olah sudah tiada tanggungjawab lain yang lebih
penting !
Menurut sesetengah guru, ada di antara mereka langsung tidak tahu membaca. Kalau yang pelajar wanita pula, datang hanya untuk melawa sahaja dan tunjuk body. Wanginya bau badan mereka harumnya semerbak, nafsu segera memuncak. Bukan macam bini di rumah yang hanya bau belacan tambah guru berkenaan. “Saya sendiri pernah di`offer’ untuk …” dakwa seorang guru. Pegang sebelah RM5, pegang dua-dua RM10 dan sebagainya. Kadang diberikan tawaran lain. Kata mereka: “ Alaa cikgu, pegang dua-dua pun tak apa RM2 je, saya nak duit ni, nak beli rokok!.. cikgu baikkan.. cikgu hensemlah..”. Manalah larat kalau diuji hari-hari macam ni, silap-silap terjerat juga tambahnya lagi. Apa-apa hal kita yang kena ambil tindakan, bukan mereka. Masyarakat hanya nampak guru ..... bersambung di buku ..