POLIGAMI ANUGERAH  TUHAN

Assalamu`alaikum,

Terima kasih kerana sudi melawat laman web kami. Harapan kami semoga anda akan mendapat beberapa maklumat berguna dan boleh disampaikan kepada pihak yang lain dan dapat dimanfaatkan bersama.

Amalan poligami merupakan satu isu yang sangat hangat diperkatakan sekarang. Isu ini semakin hangat apabila ramainya penentang-penentang menyalurkan hujah (tidak berasas) mereka melalui pelbagai media seperti buku-buku, emel, blog-blog dalam internet, kaca tv, radio, risalah-risalah dan sebagainya. Penentang-penentang ini bukanlah diterima dari peringkat orang awam, tetapi datangnya daripada kaum yang terpelajar seperti pemimpin-pemimpin agama, penguasa, pakar-pakar motivasi, penulis-penulis berkaliber, pensyarah-pensyarah dan juga orang-orang perseorangan yang berpendidikan tinggi. Pendek kata mereka ini semua adalah dikategorikan sebagai golongan professional. 

Dengan perkembangan ini maka muncullah ramai pembela-pembela tampil kehadapan memberi hujah balas samada dengan media yang sama seperti di atas atau dengan cara lainnya. Walaubagaimanapun hujah balas  dalam bentuk buku (ilmiah) adalah amat kurang sekali. Ini kerana apabila hendak dibukukan memerlukan seorang yang benar-benar berpengalaman luas dan perlu menyusunatur hujah balas dengan tertib, lebih-lebih yang melibatkan perkara hukum. Jika tersilap analisa dan tafsiran boleh jatuh kepada murka Allah swt walaupun pada  asal niatnya murni tetapi apabila diulas dengan kejahilan akhirnya tidak ada makna tiada nilai di sisi Allah swt.

Pihak kami selaku penerbit juga ingin memainkan peranan yang sama seperti pembela-pembela tersebut semoga penerbitan kami ini dapat membantu memberikan ilmu pengetahuan tambahan untuk membalas hujah-hujah penentangan yang tidak berasas ini.

Di antara contoh hujah-hujah penentang yang diterima adalah seperti berikut:

a. Mereka mendakwa kaum lelaki berselindung di sebalik ayat Al-Quran surah An-Nisa (QS An-Nisa, 4: 2-3), padahal ramai kaum lelaki yang telah berpoligami sedikit pun tidak berniat mempergunakan ayat ini sebagai alasan. Mungkin ada di antara mereka yang tidak pernah terbaca pun ayat ini. Ini adalah kerana  mereka sudah mengerti, yakin  dan faham bahawa berpoligami adalah satu ibadah  yang diiktiraf oleh Allah swt dan Rasulullah saw.

b. Didakwa kaum lelaki tidak berlaku adil. Masalahnya tidak ada satu buku pun yang dikeluarkan oleh mereka bagaimanakah untuk berlaku adil. Mereka hanya pandai komen tapi tidak memberikan jalan penyelesaian. Dusta namanya. Sebenarnya merekalah yang tidak pandai untuk "adil" dan dijadikan alasan untuk umum. Ini tidak adillah namanya. 

c. Masalah nafkah. Ini satu lagi isu yang hangat yang dijadikan alasan oleh penentang untuk menentang poligami. Sekali lagi ingin dinyatakan bahawa sehingga kini kita belum dihidangkan oleh penentang apa yang dimaksudkan nafkah dan bagaimana menguruskan nafkah isteri-isteri dan lain-lain lagi. Mereka juga akan melarikan diri dan cuba mengelak  jika diminta mengulaskan bagaimanakah untuk menetapkan nafkah isteri-isteri.

d. Pelarangan Rasulullah saw terhadap Sayyidina Ali K.W untuk berpoligami sehingga baginda saw naik ke mimbar lantas mengucapkan sebanyak tiga kali tanda tidak setuju. Sebenarnya  hujah ini telah diputarbelitkan oleh penentang poligami. Kebenaran telah disembunyikan. Terdapat ucapan (hadis) tambahan yang diucapkan oleh Rasulullah saw dalam peristiwa ini tetapi sengaja disembunyikan. Mereka ini adalah orang Islam tetapi  cuba menipu umat Islam yang lain, ini merupakan satu pengkhianatan namanya. Kebenaran itu tetap kebenaran. Beberapa hujah penentangan lain ada dimuatkan dalam buku ini dan semuanya akan diulas, Insya`allah.

Segala hujah mereka seolah untuk membela kaum wanita sedangkan diri sendiri  pun belum tahu boleh terbela. Belum tahu mereka boleh bebas dari azab Allah swt, belum tahu diri mereka itu sentiasa dalam rahmat Allah swt, belum tahu mereka sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah swt. Hakikatnya kaum wanita telah dibela oleh Islam beribu-ribu  tahun yang lampau tanpa ada sebarang masalah. Golongan penentang ini sebenarnya tidak yakin dengan peraturan dan syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Pegangan yang tidak yakin terhadap peraturan dari langit ini merupakan sumber maksiat (batin) yang menimbulkan penyakit hati (sifat tercela). Inilah yang menjadi penyebab utama terhijabnya mereka dari mengenal segala keistimewaan wanita dan kelebihan amalan berpoligami yang diiktirafkan, dihalalkan dan disanjung tinggi oleh Islam.

Oleh itu, untuk menjawab beberapa persoalan yang mungkin ada pada diri tuan-tuan semua, tataplah buku ini dengan tenang. Insya`allah segala masalah yang selama ini menjadi kekeliruan dan kekusutan akan terurai. Segala hujah-hujah penentangan dapat dibantah dengan sangat mudah kerana kebenaran tidak mampu diatasi oleh  kekuatan akal yang sentiasa menentangnya.

Selamat membaca. Terima kasih di atas segala sokongan dan kerjasama diberikan.

Poligami BOLEH !

Amin, amin ya rabbal`alamin.

-webmaster -