
.... dari petikan ...
| Urusan poligami ini kecoh hanyalah dalam tempoh waktu terdekat ini sahaja. Sebelum ini soal poligami bukanlah isu yang perlu dipertikaikan bermula semenjak zaman dahulu kala sebelum kebangkitan Islam sehinggalah hanya beberapa tahun yang lepas sahaja. Mungkin lebih tepat lagi, isu ini dipermainkan dan dikecam semenjak jatuhnya institusi khalifah pada tahun 1924. Selepas terkuburnya institusi ini, pelpagai propaganda dilakukan untuk menentang poligami melalui pemimpin Islam (munafik) yang terancang. Muslihat ini tidak mampu dilakukan oleh orang kafir dari luar Islam kerana mereka sedar bahawa pendirian umat Islam tidak mudah digugat. Mereka merancang melakukannya pencerobohan dari dalam iaitu dengan cara melantik pemimpin-pemimpin baru (Islam munafik) secara terancang. Matlamat mereka kononnya ingin memertabatkan wanita dan memperjuangkan hak wanita sedangkan ianya telah dibela dan termaktub di dalam perlembagaan perundangan Islam beribu tahun yang lampau TANPA sebarang masalah. Sesungguhnya usaha mereka tidaklah sia-sia. Mereka mendapat kejayaan yang sangat besar sehingga mampu mempengaruhi hampir dua pertiga umat Islam dan kesannya kita dapat lihat sehingga sekarang. Jangan anda terkejut, mereka berjaya mewujudkan ramai golongan-golangan munafik sehingga hampir dalam setiap rumah mempunyai golongan majoriti seperti mereka. Apabila di dalam rumah sendiri sudah adanya bala tentera mereka yang terdiri orang Islam itu sendiri, maka tugas mereka hampir selesai dan tidaklah perlu bersusah payah lagi. Segala aktiviti hiburan dan maksiat yang dipaparkan seperti apa ditayangkan di dalam pelbagai media-media massa tempatan masa kini yang beridentiti barat kafir laknatullah itu dengan sendiri mendapat sambutan hangat tanpa ikhtiar yang membebankan. Siapakah yang menjadi tulang belakang dan sokongan segala rancangan maksiat mereka itu kalau tidak bukan keseluruhan orang melayu yang beragama Islam daripada peringkat golongan bawahan sehinggalah kepada peringkat orang kenamaan. Mereka sanggup berpusu-pusu dan bersusah payah berhimpun untuk memeriahkan aktiviti-aktiviti itu tanpa mengambilkira soal halal atau haram dari segi hukum syarak. Alasan mereka, untuk tujuan perpaduan, majlis amal, larian amal, tabung kebajikan, kesenian dan sebagainya. Sekarang ini berhimpunlah mereka untuk berseronok, bersukaria, bergelak ketawa, berpasangan-pasangan (bukan muhrim) untuk memeriahkan aktiviti maksiat itu sehinggalah nanti mereka dihimpun di Padang Mahsyar yang penuh kesulitan dan kepayahan !, barulah mereka sedar alangkah tertipu dan bodohnya mereka, alangkah sialnya nasib mereka di hari rugi yang merugikan itu iaitu hari kiamat, hari yang tidak ada sebarang pertolongan..!! Baliklah ke pangkal jalan sebelum terlambat..!! Maut tidak mengenal masa..! |
| . |
| Keadaan seperti ini sangat menakutkan dan membimbangkan kita kerana orang-orang Islam sendiri yang memainkan peranan yang sangat besar yang telah direncanakan orang kafir untuk mencemarkan Islam tanpa mereka sedari atas sebab kejahilan dan ego mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa rancangan orang kafir dengan sokongan tentera mereka yang terdiri dari golongan Islam yang munafik telah berjaya mewujudkan TAPAK-TAPAK MAKSIAT ini tanpa adanya pihak yang menentang, kerana persembahan mereka menarik, konsepnya hebat dan diterima, menyeronokkan, menggiurkan dan sebagainya sehingga mereka mampu melalaikan hampir keseluruhan umat Islam di tanah air kita. Syaitan laknatullah tersenyum !! Mereka juga tersenyum! Tidak ada pula para ulamak kita dan para pemimpin-pemimpin agama kita yang sedar dan berani menentang sekeras-kerasnya secara terang-terangan menghalang kewujudan tapak-tapak maksiat ini. Mungkin mereka atau ahli-ahli keluarga mereka juga terlibat meraikan program maksiat yang dianjurkan. Ada juga di antara pemimpin agama (Ulamak) yang diundang untuk membaca doa semoga program itu untuk kononnya mendapat keberkatanNYA. Biasanya kalau diminta membaca doa (walaupun program maksiat) dapatlah juga sedikit habuan! Kita biasa mendengar: “Majlis membaca doa selamat dan perlancaran album atau filem” menunjukkan dua perkara (amalan) bertentangan telah disatukan. Mana boleh meminta keberkatan dan pertolongan Allah swt untuk menjayakan aktiviti maksiat itu! Di manakah letaknya pegangan ustaz-ustaz yang tolong membacakan doa itu? Nau`zubillah minzalik ! |
| . |
| Sabda Rasulullah saw : |
| . |
| “Dua kelompok dari umatku sangat menentukan. Bila kedua kelompok tersebut baik, maka umatku akan baik. Bila keduanya rosak, maka umatku rosak. Yaitu para ulamak dan pemerintah”. |
..... petikan seterusnya boleh di baca dalam buku ..