…..
petikan dari atas ..
… terdapat banyak kes sindikit penikahan ini berlaku terutamanya dalam kes yang melibatkan perkahwinan poligami. Semua Ini berpunca dari beberapa peraturan yang disulitkan oleh pihak pemimpin-pemimpin agama. Peraturan-peraturan ini lebih berpihak kepada berlakunya zina apabila sukar untuk dipenuhi. Biasanya, di dalam permohonan berpoligami, pihak lelaki perlu membuktikan perkara-perkara berikut:-
| a. | Sumber
pendapatan ya |
| b. | Mendapat keizinan isteri |
| c. | Mampu berlaku adil. |
| d. | Mampu memberi nafkah zahir dan batin dengan adil dan sebagainya. |
Syarat yang paling berat untuk dipenuhi oleh pemohon adalah untuk mendapat persetujuan daripada isteri. Syarat-syarat lain biasanya boleh perolehi atau ditipu. Sebagai contoh, jika berkenaan sumber pendapatan, pemohon boleh membuat slip gaji sendiri, meminta tandatangan JKKK untuk mengesahkan sumber pendapatan, pengesahan dari surat majikan (syarikat sendiri) dan sebagainya. Tetapi yang susahnya untuk menipu perasaan isteri. Isteri manalah yang akan sanggup membenarkan suaminya kahwin lagi. Mungkin ada ! tetapi satu dalam sejuta ! Alangkah rendahnya mertabat kaum lelaki jika perlu melutut kepada kaum perempuan dalam soal ini. Rasulullah saw sudah pun mempraktikkannya dan mengajar kita bahawa, jika berhajat untuk kahwin lagi, kahwin sahajalah dan tidak perlu mendapatkan keizinan isteri. Yang pentingnya tidak melebihi empat (4) orang isteri pada masa yang sama dan memahami kehendak tuntutan syarak. Kita bayangkanlah, isteri-isteri Rasululah saw sendiri pun bercakaran, inikan pula isteri diri kita ini yang hanya mertabat orang awam ! Jika tidak mahu mengikut apa yang telah diajar oleh Rasulullah saw, kelam kabutlah akibatnya. Walaupun Rasulullah saw berbuat demikian, tidak bermakna baginda telah merendahkan mertabat kaum wanita. Hakikatnya Rasulullah saw adalah pembela kaum wanita nombor satu didunia.
Disebabkan sukarnya untuk mendapat kelulusan dengan peraturan bida`ah (sesat) ini, ada pasangan yang sudah bunting dulu, beranak dulu, ada yang sudah beberapa kali bunuh (gugurkan) kandungan, ada yang hidupnya seperti suami isteri yang sah dan sebagainya. Kehidupan mereka lebih hina dari keadaan jika mereka dibenarkan bernikah dengan segera. Inilah matlamat yang dikehendaki pemimpin-pemimpin agama yang jahil. Tok kadhi hanya ikut perintah, kalau engkar kena letak jawatan! Tok Kadhi takut engkar peraturan manusia tetapi dengan biadapnya sanggup mengenepikan hukum Allah swt yang menciptanya, yang memberinya rezeki makan minum dan sebagainya! Nau`zubillah minzalik.
Atas alasan-alasan ini berlakulah “sindikit pernikahan” berleluasa sehingga mereka yang bertaraf Tan Sri, Dato Seri, golongan korporat pun turut terpaksa terjebak dengan sindikit ini kerana usahanya digagalkan oleh pihak pemimpin agama. Sebenarnya, pihak pemerintah (pemimpin-pemimpin negara) tidak masuk campur dalam soal ini. Jika diberi keterangan dengan jujur dan telus, mereka (pemerintah) akan lebih suka mengikut peraturan yang telah disediakan oleh hukum syarak yang sebenar, yang hakikatnya wajib dipatuhi. Mereka juga termasuk dalam golongan yang sebenarnya berhasrat untuk berpoligami tetapi kecut dan takut bini. Bila tidak berjaya di nergara sendiri, maka mereka terlibat dengan skandal luar. Untuk menyelesaikan kekusutan ini, sudah pasti mereka akan menyokongan sepenuhnya peraturan syarak yang sebenar. Yang menghairankan, kenapa ulamak dan pemimpin ugama kita TAKUT dengan hukum yang betul ini ? Sebabnya hanya satu sahaja iaitu mereka tunduk dengan kaum perempuan! Mereka bukankah pembela tapi hanya menjadi pak turut. Sebab itu kita TIDAK akan jumpa sampai bila-bila para pemimpin-pemimpin agama kita yang berani kahwin lebih daripada seorang.
Ada banyak kes “sindikit pernikahan” yang berlaku, bukan sahaja dilakukan oleh mereka yang menguruskan perkahwin di luar negara, tetapi dilakukan sendiri oleh kakitangan dan Pegawai dalaman di Pejabat Jabatan Agama Islam kita sendiri. Di antara contoh kes-kes sindikit ini adalah:
| a. | Seorang hamba Allah telah pun menjalankan akad nikah untuk kali kedua di seberang kerana takut untuk membuat permohonan di negara ini. Pasangan ini telah pergi ke tempat yang sah mengikut undang negara berkenaan. Apabila pulang ke tanah air, pasangan tersebut berserta ibubapa isteri kedua bercadang untuk dinikahkan di negara ini mengikut prosedur biasa sedangkan mereka sudah tahu anaknya sudah bernikah secara sah. Pasangan ini telah pergi ke Jabatan Agama Islam yang berdekatan untuk membuat permohon tetapi tidak memberitahu hal sebenar kerana rasa malu dan takut. Keluarga berkenan itu diberi pelbagai alasan kononnya kemungkinan akan menemui jalan buntu untuk mendapatkan kebenaran. Maka , mereka ditawarkan oleh pegawai agama berkenaan untuk dibawa ke seberang dengan caj yang rendah sahaja menurut mereka iaitu sebanyak RM3800 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Lapan Ratus Sahaja). Alangkan terkejutnya mereka kerana urusan pernikahan mereka di Majlis Ugama Islam di negara seberang yang mereka telah pergi tidak melebihi RM1000 termasuk yuran proses nikah, makan minum, pengangkutan khas dan sebagainya. Apa nak jadi dengan pegwai agama kita ini ! |
| . | |
| b. | Seorang janda ingin bernikah dan menjadi isteri yang ke empat. Ketiga-tiga isteri bakal suaminya itu tidak kisah dengan hasrat suaminya ini. Penikahan untuk berpoligami di zaman dulu tidaklah susah. Tetapi bagi janda ini, ianya berlakunya dalam masa dua atau tiga tahun ini sahaja. Mereka cuba membuat permohonan perkahwinan dengan menggunakan borang 15 yang menyulitkan itu. Akhirnya, pihak kakitangan agama itu sendiri, yang juga seorang yang agak dikenali (public figure), kebetulan pula ada kaitan kekeluargaan dengan janda ini menyarankan supaya mereka pergi sahaja ke seberang. Lebih cepat, mudah dan sah , katanya. Macam polis, "Bersih, Cepat, Amanah". |
| . | |
| Tanpa ada pengalaman, mereka pun pergilah ke seberang. Naik sampan untuk ke seberang dan menyewa kereta sapu, maka sampailah ke rumah Tok Kadhi (juru nikah). Tempoh perjalanan mereka untuk sampai ke rumah Tok Kadhi itu memakan masa lebih kurang satu jam setengah. Pemandu kereta yang hanya membisu itu sempat singgah sana sini untuk berurusan. Yang peliknya, bila selesai akad nikah, tidak sampai pun 10 minit mereka sampai ke tebing sungai tempat mereka menaiki sampan mula-mula tadi. Orang yang menguruskan mereka hilang entah ke mana. Duit yang dikeluarkan hampir dua ribu. Tiga bulan selepas itu mereka bernikah semula ditempat yang sah iaitu di Majlis Agama Islam negara seberang kerana sijil akuan nikah yang dikeluarkan dulu adalah palsu dan tidak sah. Kalau bernikah di negara sendiri, duit yang dilaburkan boleh digunakan untuk makan minum keluarga. Pengaliran duit dari satu tangan ke satu tangan di dalam negara sendiri lebih berarti dari dialirkan di negara luar. Pegawai agama kita mungkin tidak faham soal ekonomi. Mereka malas untuk berfikir lebih sikit! | |
| . | |
| c. | …. Banyak lagi boleh dibaca dalam buku ini …. |