Assalamu`alaikum warahmatullahhiwabarakatuh.

Saudara Pembaca yang budiman,

Ada pun   buku ini  ditulis  untuk memenuhi beberapa permintaan dari pembaca-pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut perihal yang berkaitan dengan poligami.

Dewasa ini, banyak buku-buku berkaitan dengan isu poligami sedang diusahakan oleh pelbagai penerbit dan penulis demi untuk memenuhi permintaan ini. Ini merupakan satu perkembangan yang sihat. Dengan banyaknya bahan bacaan, maka pembaca akan didedahkan dengan pengetahuan yang sangat berguna yang mungkin selama ini hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.

Buku "Poligami Anugerah Tuhan" ini mempunyai gaya corak tersendiri. Penulisan yang dipersembahkannya adalah meliputi tiga cabang ilmu fardhu `ain iaitu yang meliputi ilmu Tauhid, ilmu Fiqih dan juga ilmu Tasauf serta sirrah Rasulullah saw. 

Buku ini dimulai dengan topik "Kenali Rasulullah saw". Mengenali Rasulullah saw merupakan satu perkara yang wajib dipelajari, difahami dan ini dikategorikan dalam fardhu `ain. Mengenali Rasulullah saw dengan lebih terperinci akan menanam rasa kasih sayang, cinta dan rindu padanya yang boleh membawa kepada rahmat Allah swt. Allah swt dan Malaikat sendiri sentiasa berselawat padanya. Setiap hari berbilion selawat dibaca untuk Rasulullah saw oleh umatnya samada melalui solat fardhu, solat sunat atau melalui amalan-amalan tambahan yang dilakukan oleh hamba Allah swt yang soleh. Ini menunjukkan Nabi Muhammad Rasulullah saw bukanlah manusia biasa dan tidak layak untuk dibandingkan dengan seseiapa sekalipun, malah Nabi Muhammad saw adalah semulia-mulia makhluk berbanding dengan segala-galanya yang ada di dunia ini samada kejadian yang ghaib maupun yang nyata. Dengan memiliki pengetahuan yang mendalam tentang Rasulullah saw, maka tidak ada sesiapa yang berani mempertikaikan apa sahaja yang dilakukan oleh Kekasih Allah swt ini. Disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan tentang Rasulullah saw, tidak berilmu dan tidak beriman dengan ilmu-ilmu tauhid dan tasauf, menyebabkan ramai kalangan  pentafsir-pentafsir masakini berani membuat analisa-analisa yang tidak berasas terutama yang berkait rapat dengan poligami sehingga ada yang sangat biadap mengatakan bahawa poligami itu bukan jalan tuhan dan bukannya sunnah Rasulullah saw.

Pada asasnya buku ini ditulis adalah untuk mengulas dan membalas hujah yang dikemukakan oleh pihak penentang-penentang poligami. Hujah-hujah dikumpul dari pelbagai sumber samada melalui bahan-bahan bacaan seperti buku, majalah dan sebagainya. Hujah penentangan juga diambil dari media yang paling popular iaitu melalui internet dan juga blog-blog yang dibangunkan oleh pihak-pihak tertentu yang bermurah hati.

Beberapa hujah yang agak penting dipilih dan dijadikan sumber rujukan untuk dibalas balik kerana hujah-hujah yang dikemukakan itu tergantung begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang mengulas kembali secara teratur. Sesetengah hujah penentangan yang dikemukakan itu adalah bertentangan dengan fakta dan kebenaran atau tidak sejajar dengan ajaran Islam yang suci.

Buku ini akan memberikan penjelasan dengan agak lengkap "PUNCA" berlakunya kemelutan isu ini dan diberi jalan-jalan penyelesaiannya secara ilmiah dan hikmah. Buku ini juga dijangka bakal menjadi kontorversi kerana beberapa topik yang disangka agak panas  mungkin akan menyentuh perasaan dan kewibawaan ulamak-ulamak atau pemimpin-pemimpin agama. Sekiranya jangakaan ini benar, inilah yang dinantikan-nantikan oleh penulis. Penulis berkata: "biarlah saya yang mengejutkan mereka dari tidur lena di atas tilam-tilam empuk, pakaian mahal-mahal, rumah hebat-hebat yang tidak ada pada diri Rasulullah saw." dan "jika mereka tidak tersinggung bermakna ulasan saya adalah salah" . Ini adalah kerana penulis lebih banyak menyalahkan pihak ulamak selaku pendukung undang-undang tetapi takut untuk melaksanakannya atau ditukar dengan undang-undang atau peraturan bida`ah yang ternyata tiada atau sesat dari ajaran Islam yang sebenar. Penulis berkata :

" Telah berlakunya keruntuhan akhlak pemimpin-pemmpin agama (ulamak) menjadi punca berlakunya keruntuhan akhlak masyarakat " .

Dalam buku ini dijelaskan peranan Ulamak yang semakin meragukan. Ulamak juga didapati telah terlibat dalam perkara-perkara maksiat yang tidak mampu dielakkan demi menjaga kepentingan pihak penguasa dan kedudukan keduniaan mereka. Kemaksiatan ulamak menjadi punca utama kenapa mereka sendiri tidak mampu  menentang kemungkaran lantas diikuti oleh masyarakat semahu-mahunya. Natijahnya, perkara maksiat dilihat sebagai ibadah. Hal-hal yang halal dipersulitkan seperti masalah permohonan poligami, pengendalian kes-kes rumahtangga dan sebagainya.

Apa yang berlaku ini adalah hasil kerja keras orang-orang kafir sehingga mereka mampu mewujudkan golongan islam munafik memenuhi perut bumi negara ini yang terdiri daripada masyarakat orang melayu beragama Islam dan juga daripada kalangan pemimpin-pemimpin agama. Tidak hairanlah golongan (islam munafik) ini merupakan kaum majoriti dan ianya berada di dalam setiap rumah. Ini seolah-olah akan membuatkan pihak orang kafir laknatullah ini sudah boleh berehat kerana segala bala tenteranya yang terdiri orang Islam munafik akan menjalankan tugas dengan licin dan bertindak kasar jika ditegur oleh orang-orang Islam yang benar atau ditergur oleh ulamak-ulamak yang benar. Boleh dikatakan ulamak yang benar ini adalah suatu barang yang sudah hilang di atas muka bumi ini. 

Dengan kejayaan mewujudkan golongan islam munafik ataupun golongan islam berfahaman kafir ini dalam setiap rumah, maka segala program-program maksiat yang dianjurkan dengan mudah sahaja mendapat sokongan padu oleh masyarakat Islam ini. Kita lihatlah dewasa ini, segala program-program maksiat seperti akedemi fantasia, mentor, bintang mencari bintang, muzik-muzik, bintang kecil, rekaan pelbagai fesyen, dan lain-lainnya semuanya disertai, ditontoni, diadili, ditaja, dipengerusikan, dibanjiri dan sebagainya majoritinya orang melayu yang beragama Islam. Atas sebab majoriti ini maka perkara ini nampaknya seperti "mubah" atau tidak salah dalam Islam. TIDAK ada tindakan yang serius, benar-benar tegas dan berani daripada pihak Ulamak kita menentang perkara ini. Ulamak sekadar mengeluarkan fatwa, undian sms itu haram yang hanya jadi bahan gelak sahaja dan tidak ada seorangpun menghormatinya. Biasanya orang yang tidak dihormati adalah orang yang tidak bermaruah! Hampir setiap hari, TV dan Radio tempatan menyediakan program yang melibatkan undian sms untuk merebut habuan dalam program-program maksiat. Sejauh manakah kemampuan ulamak menyekat perkara ini kerana di dalam rumah masing-masing pun terdiri daripada peserta-peserta program ini. Dengan lancarnya program ini dijalankan, maka percampuran bebas antara lelaki dan perempuan juga akan meningkat dan tidak terkawal. Dan apabila ada kes yang melibatkan bertemunya pasangan yang berkenalan dan ingin bernikah untuk berpoligami, sekali lagi ulamak membuat kesilapan dengan menyulitkannya. Dua perkara bida`ah (sesat) yang ditetapkan oleh pemimpin agama dalam proses permohon poligami iaitu perlu mendapat kebenaran atau kelulusan Khadi dan juga perlu mendapat persetujuan isteri sedangkan kedua-dua perkara ini TIDAK pernah diajar oleh Rasulullah saw dan tidak terjumpa dalam mana-mana kitab-kitab fiqih tulisan atau karya ulamak-ulamak tersohor. Ini bermakna dua perkara mungkar dilakukan Ulamak iaitu, pertamanya Ulamak tidak  mengawal program maksiat (perkara haram) dan keduanya Ulamak mengharamkan (menyusahkan, menyulitkan) perkara yang halal! Inilah yang sedang berlaku sehingga kiamat nanti.  

Akhirnya, hampir setiap hari beribu-ribu gelen air mani haram dikeluarkan yang dihalalkan oleh golongan ulamak atau pemmpin agama secara jahil !

Buku ini akan memberikan beberapa jalan penyelesaian untuk dilakukan supaya amalan poligami ini dijadikan sebagai tradisi para pemimpin-pemimpin negara dan amalan rakyat jelata sehinggalah ke anak cucu.  Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih mendalam, bacalah buku ini. Pastikan buku ini berada di dalam setiap rumah.

Wassallam.