... dari sedutan di atas ..
Saudara
pembaca yang budiman, ini adalah satu tajuk yang agak sensitif dan paling banyak
saya menerima komen dari beberapa sahabat ketika mula-mula saya ingin menulis.
Mereka sangat bimbang ulasan saya ini mengeruhkan keadaan kerana ramai
ulamak-ulamak yang mungkin tersingung. Jawab
saya: “jika mereka tidak tersinggung bermakna ulasan saya itu salah, itu
sahaja”. Biarlah mereka
menilaikan tahap diri mereka kerana selama ini tiada sesiapa berani menilaikan
pencapaian seseorang ulamak!.
..... sambung lagi ...
Petikan dalam sebuah kitab Mawa‘izhi Libadi‘ati (karangan Al Syiekh Abdul Rauf bin Ali Fansuri, anak saudara kepada Syeikh Hamzah Al-Fansuri yang merupakan sebagai anak muridnya. Keluaran pertama tahun 1225 Hijrah):-
Hai anak Adam, telah sabda
Rasulullah saw artinya:
Takut
olehmu akan ulamak jahat dan munafik, banyak ilmu lidahnya tapi jahil hatinya
dan beramal dan mengambil ilmu dengan tujuan mengambil kemuliaan dan kebahagiaan.
Wahai ulamak su-i, puasa kamu, sembahyang kamu dan sedekah kamu tiada diperbuat
kamu akan barang yang disuruh akan kamu. Tiadakah kamu dengar Firman Allah
ta’ala dalam Al-quran artinya:-
“Adakah
menyuruh kamu akan manusia dengan berbuat baik dan melupakan akan diri kamu.”
Hai
anak Adam, bermula celaka manusia itu siapa-siapa bertambah ilmunya bertambah
lalainya, siapa-siapa bertambah umurnya maka bertambah jahilnya, siapa-siapa
bertambah hartanya maka bertambah bakhilnya. Inilah secelaka manusia, melalaikan
syaitan akan dia daripada pesanan Nabi Muhammmad s.a.w.
Hai
anak Adam, jangan terpedaya engkau sebab banyak ilmu serta ada kemuliaan dengan
mencela ilmu orang lain kerana sangka engkau yang lebih álim, padahal
sebenarnya yang berilmu dan yang sebenar ‘álim ialah Allah Ta‘ala.
Sebenarnya engkau mengaku álim, maka jadi takabbur diri engkau itu. Takutlah
olehmu akan jadi istidraj. Takutlah olehmu akan percubaan Allah Ta‘ala.
Bermula dugaan atau cubaanNya amat halus, terlebih halus daripada semut hitam
berjalan di atas batu yang hitam di malam yang gelap.
Dalam
kurnia ada tegah. Dalam baik ada jahat, sebab itulah dikehendaki bermuraqabah
dalam segala hak kamu, jangan lupa dan lalai sekali-kali.
Hai
anak Adam, takut olehmu akan bahaya istidraj, terkadang-kadang dijadikan Allah
dengan beberapa perhiasan kepadamu dengan ilmu, fasih lidah atau dengan harta
atau dapat kebesaran dan kemuliaan atau dengan berbagai Ilmu yang dilimpahkan
kepadamu, atau sebab cerdik dan sebagainya perkerjaan yang lebih-lebih, engkau
sangka diri engkau itu sempurna, maka íqktikad engkau sempurna menyebabkan
engkau dicampakkan ke dalam Neraka. Na‘uzubillahminzalik.
Hai
anak Adam, hai ulamak yang jahat, yang sangat jahat yang kamu hukumkan akan dia,
padahal kamu taubat akan perkataan dan dengan angan-angan kamu jua dan kamu
perbuat mengikut hawa nafsu kamu dan tiada mengkayakan daripada kamu sucikan
akan kulit kamu yang zahir padahal hati kamu itu berlumuran dengan NAJIS yang
bathin iaitu sangat-sangat kasih akan harta dan sangat-sangat kasih akan dunia
yang aku kata.
Hai
ulamak yang jahat, jangan kamu jadikan diri kamu seperti tempat yang diayak
tepung, keluar daripadanya yang halus-halus dan yang baik-baik dan tinggal di
dalam ayakan tepung itu yang kasar-kasar dan selama-lamanya seperti yang
demikian itu, kamu keluarkan daripada mulutmu itu beberapa ilmu hikmat yang
halus-halus lagi baik, padahal yang tinggal di dalam dadamu itu dendam dan
dengki dan kasih akan harta dan kasih akan dunia dan kasih akan pujian dan
barang sebagainya daripada maksiat yang bathin dan segala perangai yang jahat.
...
bersambung di dalam buku ..